Page 100 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 100

c.   Fail Diri Murid dan Buku Rekod Disiplin Murid hendaklah sentiasa dikemaskini dan dan
                       bergerak bersama murid.

               1.5   Pendaftaran Murid Baru
                   a.  Menerima kemasukan murid baru dari Penyelaras Tingkatan.
                   b.  Mendaftar  maklumat  murid  baru  dalam  Buku  Daftar  Agung  setelah  mendapat  nombor
                       pendaftaran murid daripada Penyelaras Pendaftaran dalam masa seminggu.
                   c.  Menentukan  penerimaan  borang  SPBT  dari  sekolah  asal  dan  memastikan  murid  ini
                       menerima buku teks.
                   d.  Menyemak  jika  murid  ini  menerima  sebarang  bentuk  biasiswa  dan  melaporkan  kepada
                       Guru Biasiswa.
                   e.  Memastikan menerima Fail Rekod Murid dan sekolah asal.
                   f.   Menentukan keahlian murid bagi rumah sukan, persatuan/ kelab dan badan beruniform.
                   g.  Mendapatkan dan merekod butir-butir diri murid.

            1.6  Murid Keluar / Pindah Sekolah
                   a.  Murid yang ingin bertukar keluar mesti mengisi borang pertukaran dan mendapat kelulusan
                       Pengetua, menyerahkan borang tersebut kepada Unit HEM PPD.
                   b.  Murid  memulangkan  buku  teks  sekiranya  bertukar  sekolah    antara  negeri  dan  boleh
                       membawa bersama buku teks sekiranya bertukar sekolah dalam negeri yang sama.

            2. GURU BERTUGAS MINGGUAN
               2.1  Seramai tiga orang guru bertugas pada setiap minggu yang terdiri daripada seorang guru lelaki
                   dan dua orang guru perempuan.
               2.2  Berada 10 minit sebelum persekolahan bermula untuk persediaan perhimpunan pagi, nyanyian,
                   pengumuman dan sebagainya.
               2.3  Bersedia setiap masa mengawasi blok-blok dan memastikan:
                              o   Disiplin murid dalam keadaan baik
                              o   Persekitaran sekolah dalam keadaan bersih, ceria dan teratur
               2.4  Laporan guru bertugas mesti ditulis dalam Buku Laporan Bertugas dan buku ini mesti dihantar
                   ke pejabat untuk disemak oleh Pengetua / PKHEM.
               2.5  Di akhir pengajian harian, guru bertugas mingguan hendaklah memastikan bilik-bilik darjah telah
                   disapu, sampah telah dibuang, suis lampu dan kipas telah dimatikan.
               2.6  Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng
                   pertama  dibunyikan,  sekitar  kawasan  sekolah  dan  mengambil  tindakan  yang  segera  dan
                   munasabah jika perlu.
               2.7  Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
               2.8  Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah atau
                   menghubungi ibu bapa / penjaga murid.
               2.9  Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
               2.10 Mengawasi murid menepati waktu datang ke sekolah dan balik dari sekolah, masa rehat dan
                     masa pertukaran guru.
               2.11 Menentukan keselamatan di sekitar kawasan sekolah dan harta benda sekolah.
               2.12 Mencatat kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain
                      yang dijalankan.








             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                    83
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105