Page 102 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 102
7. Melengkapkan Papan Info Guru Bertugas Mingguan (laluan ke kantin) dengan maklumat
atau aktiviti-aktiviti mingguan.
Guru Bertugas 3
Tugas : Menyediakan Buku Laporan Bertugas dan memastikan kebersihan bilik darjah
1. Menyediakan laporan terperinci dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan.
2. Menyediakan laporan mengenai ucapan-ucapan dan semua pengumuman yang dibuat
dalam perhimpunan ke dalam Buku Khas Perhimpunan.
3. Membuat Analisa peratus kehadiran murid dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan setiap
hari, kemudian dicatat di papan rekod Kehadiran Harian murid (di luar Bilik Guru).
4. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang, lampu dan kipas
telah ditutup setelah tamat sesi persekolahan.
Tugas semua Guru Bertugas :
1. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar ke hospital atau ke rumah sekiranya
perlu, manakala murid yang bergejala Covid-19 perlu ditempatkan di Bilik Isolasi sebelum
menghubungi Ibu Bapa @ Klinik Kesihatan yang terdekat..
2. Mengurus surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon surat
tersebut.
3. Membantu jawatankuasa disiplin mengurus hal ehwal murid seperti :
a. Menentukan keselamatan murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan
waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
b. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi
harta benda sekolah.
c. Mengawasi hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
d. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang, masa rehat dan masa
antara pertukaran guru.
3. Guru Jawatankuasa Perhimpunan Norma Baharu Sekolah
a. Bersama guru bertugas mingguan memastikan murid dan Guru Tingkatan berdiri
di luar kelas sebelum memulakan perhimpunan.
b. Bersama Guru Disiplin mengawal disiplin murid sepanjang masa perhimpunan
supaya maklumat yang disampaikan diterima oleh semua murid.
c. Memastikan semua murid membawa buku catatan semasa perhimpunan dan
membuat catatan.
d. Memastikan perhimpunan berakhir dengan pergerakan masuk murid ke kelas
dengan tertib.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 85

