Page 103 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 103
PERATURAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
1. MURID LELAKI
1.1 Baju putih berkain kapas berlengan pendek
1.2 Seluar panjang hijau gelap (hijau tua). Lebar hujung seluar 17.5cm – 20cm
1.3 Tali leher sekolah (dijual di koperasi sekolah)
1.4 Tali pinggang berkepala logo sekolah (dijual di koperasi sekolah)
1.5 Kasut kain sekolah biasa berwarna hitam keseluruhannya
1.6 Stokin panjang kain kapas atau nylon berwarna putih keseluruhannya
1.7 Singlet putih sahaja dibenarkan
2. MURID PEREMPUAN
Etika sekolah menetapkan murid perempuan islam memakai baju kurung lengkap dengan
tudung.
2.1 Baju kurung teluk belanga putih, berkain kapas dan tidak nipis/jarang
2.2 Kain sarung berwarna biru muda yang disusun tepi (kain kapas)
2.3 Tudung berwarna putih sekolah bersulam lencana sekolah, tanpa hiasan atau renda. Tidak
memakai kerongsang dan pin tudung (dijual di koperasi sekolah)
2.4 Semua murid perempuan memakai baju alas (singlet) berwarna putih dan kain dalam
(petticoat)
2.5 Murid perempuan dibenarkan membuat baju berlengan yang mempunyai kancing di hujung
lengan baju.
2.6 Tarbus / anak tudung berwarna putih atau hitam sahaja. Skaf / renda tidak dibenarkan.
3. TANDA NAMA DAN LENCANA
3.1 Semua murid diwajibkan memakai tanda nama dan lencana yang ditempah dan dijual di
koperasi sekolah.
3.2 Lencana pada baju seragam murid lelaki hendaklah dijahit di bahagian poket iaitu di atas
tanda nama. Bagi murid perempuan tanda nama dijahit di bawah lencana di sebelah kiri
tudung.
3.3 Tanda nama sementara hendaklah digunakan sehingga tanda nama yang ditempah siap.
4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
4.1 Memakai seluar trek yang mempunyai nama sekolah yang dijual di koperasi sekolah sahaja
4.2 Baju t sekolah berwarna oren / baju rumah sukan dijual di koperasi sekolah. Bagi murid
lelaki baju T berlengan pendek dan hendaklah dikemaskan di dalam seluar. Bagi murid
perempuan pula baju T muslimah.
4.3 Murid dibenarkan memakai kasut sukan (bukan warna yang menyerlah)
4.4 Murid perempuan Islam mestilah memakai tudung semasa bersukan sama ada berwarna
putih atau hitam (dijual di koperasi sekolah)
4.5 Memakai baju T rumah sukan masing-masing dan seluar trek sekolah semasa aktiviti
sukan.
4.6 Murid tidak dibenarkan mengecilkan saiz baju T atau seluar trek.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 86

