Page 101 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 101

2.13 Membuat  catatan  mengenai  perkara-perkara  penting  yang  berlaku  sepanjang  hari/  minggu
                   persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Antara perkara-perkara yang perlu dicatat
                      ialah :
                              o   Kedatangan murid
                              o   Murid ponteng, sakit dan tidak hadir
                              o   Lawatan / pelawat dan tujuan lawatan
                              o   Ucapan / pengumuman dalam perhimpunan
                              o   Laporan perhimpunan Norma Baharu Sekolah yang diadakan pada hari Ahad
                                 hendaklah ditulis dalam Buku Laporan Perhimpunan.
               2.14 Membuat  laporan  dalam  Buku  Laporan  Bertugas  yang  disediakan  dan  perlu  laporkan  terus
                   kepada Pengetua jika perlu supaya tindakan segera boleh diambil. Semasa Perhimpunan:
                              o   Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
                              o   Memastikan pembesar suara, bendera dan tempat duduk guru disediakan
                              o   Memastikan murid telah beratur dengan kemas dan bersedia.
            Guru Bertugas 1
            Tugas  : Mengendalikan perhimpunan dan mengawasi kantin sewaktu rehat

                   1.  Mengurus tempat perhimpunan seperti :
                       a.  Alat Siar Raya
                       b.  Rostrum/ kerusi guru
                       c.  Baik pulih dewan/ tempat perhimpunan dijalankan
                       d.  Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
                       e.  Bendera  dipasang  dan  dinaikkan  semasa  lagu  Negaraku  dan  lagu  Selamat  Sultan
                          dinyanyikan.
                       f.   Berucap dan memberi laporan semasa perhimpunan.

                   2.  Mengawas murid semasa rehat di kantin :
                       a.  Disiplin murid semasa membeli makanan
                       b.  Kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
                       c.  Memastikan tidak ada murid berada di luar bilik darjah selepas rehat tamat.

                   3.  Bertugas untuk ucapan guru penyayang sebelum bermula sesi dan sebelum tamat sesi
                       persekolahan setiap hari.
            Guru Bertugas 2

            Tugas :  Berada di pintu masuk sekolah seawal jam 7.20 - 7.40 pagi dan memastikan kebersihan
            persekitaran sekolah.
                   1.  Mengawal disiplin murid semasa tiba di sekolah.
                   2.  Mengambil tindakan terhadap murid yang datang lewat ke sekolah.
                   3.  Membuat teguran kepada murid yang mempunyai masalah kekemasan pakaian semasa
                       tiba di sekolah dan masa-masa yang lain.
                   4.  Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang, lampu dan kipas
                       telah ditutup setelah tamat sesi persekolahan.
                   5.  Bertanggungjawab  untuk  menanda  buku  Laporan  Kehadiran  Harian  (LKH)bagi  guru
                       tingkatan yang tidak hadir (Jika Guru Tingkatan Back Up dan Guru Penyelaras Tingkatan
                       juga tidak hadir).
                   6.  Bertanggungjawab untuk menutup Laporan Kehadiran Harian pada akhir bulan bagi guru
                       kelas yang tidak hadir (Jika Guru Tingkatan Back Up dan Guru Penyelaras Tingkatan juga
                       tidak hadir).


             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     84
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106