Page 99 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 99

d.   Kaedah merekod kehadiran murid adalah seperti berikut:
                             o   Menulis P dalam bulatan bagi murid yang ponteng.
                             o   Menulis L dalam bulatan bagi murid yang datang lewat dan dikira hadir.
                             o   Menulis  S  dalam  bulatan  bagi  murid  yang  tidak  hadir  kerana  sakit  dan
                                 mengemukakan surat pengesahan doktor atau surat makluman ibu bapa.
                   e.   Nama murid hendaklah ditulis pada setiap bukan mengikut susunan abjad.
                   f.   Butir-butir  keterangan  pembayaran  yuran  hendaklah  direkod  dalam  LKH  serta  merta
                       dengan tarikh, nombor resit, jumlah bayaran dan lain-lain.
                   g.   Nombor pemegang biasiswa hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan dalam LKH.
                   h.   LKH hendaklah ditutup setiap akhir bulan serta dilengkapkan analisisnya sekali.  LKH akan
                       disemak oleh PKHEM/ Pengetua.
                   i.   Setiap  kesilapan  dalam  LKH hendaklah  dipotong,  ditandatangani  dan  butir betul  ditulis
                       semula.  Tulisan timbul serta pemadaman tidak dibenarkan. “Liquid paper” / “ orrection
                       Pen “tidak boleh digunakan.
                   j.   Mengeluarkan  surat  amaran  murid  tidak  hadir  ke  sekolah  kepada  ibu  bapa
                       ( merekod maklumat di dalam SSDM )
                             Surat       Hari Tidak Hadir (P) berturut-  Hari Tidak Hadir (P)
                                                   turut                 bukan berturut-turut
                        Amaran Pertama   Hari ke 3 (tiga)           Hari ke 10  (sepuluh)


                         Amaran Kedua    7 hari selepas amaran pertama   10 hari selepas amaran
                                                                    pertama

                        Amaran Terakhir   7 hari selepas amaran kedua   20 hari selepas amaran kedua


                         Buang Sekolah   14 hari selepas amaran ke tiga   20 hari selepas amaran ke tiga

                        Jumlah Hari Tidak   31 hari berturut-turut   60 hari bukan berturut-turut
                             Hadir


               1.3    Buku Teks, Biasiswa, KWAPM dan Bantuan Kewangan
                   a.  Membantu Guru SPBT dalam urusan peminjaman dan pemulangan buku teks di bawah
                       skim  SPBT.
                   b.  Memastikan SPBT diagihkan kepada murid dan memastikan buku-buku tersebut dibalut
                       dan ditulis nama murid.
                   c.  Memastikan  murid  memulangkan  buku  teks  pada  tarikh  yang  ditetapkan  dan
                       menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun.
                   d.  Mengenalpasti  murid  yang  layak  menerima  bantuan  dan  melaporkan  kepada  Guru
                       Biasiswa.
                   e.  Melaporkan kepada Guru Biasiswa jika terdapat kemerosotan pencapaian akademik murid-
                       murid yang menerima biasiswa dan bantuan kewangan yang lain.
               1.4 Murid Bertukar Sekolah Dan Skim Pinjaman Buku Teks
                   Dalam mengelolakan kes-kes pertukaran sekolah pula, Guru Tingkatan hendaklah memastikan
                   tindakan berikut dipatuhi :
                   a.   Bagi  pertukaran  dalam  negeri,  murid  boleh  membawa  buku  SPBT  ke  sekolah  baharu
                       dengan memaklumkan kepada guru SPBT terlebih dahulu.
                   b.   Bagi pertukaran antara negeri murid tidak dibenarkan membawa buku SPBT ke sekolah
                       baharu

             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                    82
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104