Page 63 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 63
ARAHAN AM: BIDANG PENGURUSAN PENTADBIRAN AM 2022
1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
a) Pendahuluan
i. Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan kearah
pencapaian hasrat yang gemilang dan percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukunegara.
ii. Melalui pendidikan, masyarakat guru dapat membantu anak muridnya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
iii. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesyen kami ke taraf kesusilaan yang
setinggi-tingginya.
b) Tanggungjawab Terhadap Murid
i. Lebih mengutamakan kebajikan murid dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
iii. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau di dalam matapelajaran-
matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
v. Menunjukkan satu cara pakaian, peraturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada rakyat.
vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadapi kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
c) Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa Murid
i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dan rumahtangga.
iii. Menganggap bahawa semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai nama mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijAKPana.
v. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial atau ekonomi ibu
bapa murid.
vi. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
d) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
i. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masayarakat atau negara atau pun yang bertentangan dengan Rukunegara.
ii. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan mematuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dan masyarakat.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 48

