Page 65 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 65

5.   WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

                 i.    Waktu rasmi PdP sesi persekolahan tahun 2020 adalah sebagaimana berikut :

                            o   Waktu PdP setiap hari - 07.45 pagi hingga 02.15 petang setiap hari
                            o   Program Gerak Cakna (Perhimpunan Harian)  :
                            o   Ahad : 0730  Pagi – 0815  Pagi – Perhimpunan Norma Baharu Sekolah Setiap hari Ahad.
                            o   Isnin & Selasa – 0725 Pagi - 0735 Pagi – Roll Call di koridor kelas masing-masing
                            o   Rabu – 0730 Pagi – 0815Pagi – Perhimpunan Kokurikulum
                            o   Khamis – 0730 Pagi – 0815  Pagi – Slot Kerohanian & Tazkirah
                  ii.            Guru-guru mesti berada di sekolah sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit awal dan
                               sepuluh (10) minit lewat daripada waktu rasmi.
                 iii.   Bagi AKP waktu bekerja adalah tertakluk kepada waktu kerja berperingkat iaitu:
                       Mengikut 3 peringkat jadual waktu beranjal yang perlu mencukupi 8 jam waktu bekerja
                       Jadual beranjal:
                             1.   8.00 pagi hingga 5.00 petang
                             2.   8.30 pagi hingg a5.30 petang
                             3.   9.00 pagi hingga 6.00 petang
                 iv.   Waktu PdP adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu guru dan kelas.
                  v.   Ketepatan masa melambangkan kewibawaan guru bagi profesionnya.
                 vi.   Semua  guru  dan  AKP  WAJIB  berada  di  dalam  kawasan  sekolah  sepanjang  waktu  persekolahan
                       kecuali menjalankan tugas rasmi di luar.

            6.     KEHADIRAN

                 i.    Semua guru dan AKP WAJIB menanda kehadiran, semua guru menggunakan mesin perakam waktu
                       di pejabat sekolah semasa hadir dan pulang (punch in dan punch out).
                 ii.   Kegagalan menanda kehadiran  dianggap guru-guru / AKP tidak bertugas pada hari tersebut.
                                       iii. Guru-guru  /  AKP  yang  tidak  dapat  hadir  kerana  bercuti  sakit  atau  bercuti
                       kecemasan  diWAJIBKAN  menghubungi  Pengetua  /  Penolong  Kanan  seawal-awal  yang  boleh
                       sebelum masa persekolahan dimulakan supaya tindakan berkaitan dapat diambil seperti menyediakan
                       jadual guru ganti.

                 iv.   Guru  /  AKP yang  lambat tiba  dikehendaki  berjumpa  dengan  Pengetua  / Penolong  Kanan  terlebih
                       dahulu untuk memberitahu sebab-sebab kelewatan.


            7.     MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU BERTUGAS
                  i.         Guru / AKP tidak dibenarkan meninggalkan   kawasan sekolah  sewaktu  bertugas  kecuali jika ada
                       perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN / PPD dengan syarat mendapat kebenaran
                       daripada Pengetua / Penolong Kanan dengan mengisi Borang Kebenaran Untuk Meninggalkan
                       Pejabat Dalam Waktu Bekerja yang berada di pejabat
                 ii.   Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
                         iii.           Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja  bertulis untuk pelajar.

            8.     CUTI
                          i.            Bagi perkara cuti perlu merujuk kepada surat pekeliling Perintah Am Bab C.
                         ii.            Permohonan cuti diisi secara online (HRMIS dan secara manual.

                   **      Guru-guru dan AKP tidak dibenarkan bercuti atau meninggalkan tugas sekolah sebelum
                             permohonan cuti diluluskan.

            9.      MELAKUKAN KERJA LUAR
                         i. Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ’D’
                         seperti berikut :
                           a)  Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
                           b)  Dibenarkan dengan syarat :
                                 -   Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat
                                 -   Tidak menjejaskankan sebagai penjawat awam
                                    -   Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
                                         Jabatan

             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     50
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70