Page 64 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 64

v.  Memberi  sumbangan  cergas  untuk  meninggikan  kehidupan,  moral,  kebudayaan  dan
                        kecendikiawan masyarakat.
                     vi.  Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan yang diterima oleh masyarakat dan menjalankan
                        kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

                 e)   Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

                      i.  Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan, ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
                        seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
                        maruah seseorang guru lain.
                     ii.  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
                     iii.  Berusaha  dengan  sepenuh-penuhnya  menunaikan  tanggungjwab  kami  dengan  rajin  dan
                        bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
                     iv.  Sentiasa  bersedia  membantu  rakan  sejawat  kami  terutamanya  mereka  yang  baru  di  dalam
                        profesyen perguruan.
                     v.  Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesyen perguruan.
                     vi.  Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

                 f)   Tafsiran

                      i.  Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah seseorang yang menyebarkan ilmu
                        pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk
                        guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi.

            3.   IKRAR GURU

                   BAHAWASANYA KAMI GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR
                     •   Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-
                        cita murni pekerjaan kami.
                     •   Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
                     •   Kami  sentiasa  menjunjung  perlembagaan  negara  kami  dan  mengamalkan  prinsip-prinsip
                        Rukunegara pada setiap masa.

            4.    ARAHAN AM
                 i.    Selaku pegawai kerajaan, guru dan AKP adalah tertakluk kepada segala arahan yang terkandung
                       dalam Perintah Am Kerajaan, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan
                       Awam (PKPA) serta arahan perkhidmatan lain. Oleh itu, semua guru dan AKP dikehendaki membaca,
                       memahami, boleh menafsirkan dengan tepat dan seterusnya mematuhi arahan-arahan perkhidmatan
                       yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

                 ii.   Semua  guru  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesion  keguruan  dan  menjunjungnya  sebagai
                       profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
                 iii.   Semua guru dan AKP hendaklah memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
                       dan nilai-nilai Teras Perkhidmatan Pendidikan serta bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai
                       Visi,  Misi,  Matlamat  dan  Objektif  Sekolah.  Selain  itu  sentiasa  bertekad  dan  beriltizam  untuk
                       melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
                 iv.   Guru dan AKP hendaklah memahami betul-betul tugasnya dan sentiasa berbincang dengan Pengetua
                       /  Penolong  Kanan  /  Guru  Kanan  dan  diharap  dapat  memberi  kerjasama  penuh  kepada  pihak
                       pengurusan sekolah. Tugas-tugas yang diberi hendaklah diselesaikan pada waktu yang ditetapkan.
                 v.    Semua  guru  dan  AKP  hendaklah  mengamalkan  dan  menghayati  prinsip-prinsip  Perkhidmatan
                       Cemerlang.
                 vi.   Guru dan AKP mesti meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada  kepentingan diri
                       dalam menjalankan tugas.
                 vii.   Bertanggungjawab  menjaga  dan  menjamin  keselamatan  murid  ketika  berada  di  sekolah  serta
                       menjaga harta benda sekolah.
                 viii.   Sentiasa mengutamakan keberhasilan dalam setiap KPI yang dirancang.
                 ix.   Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.
                 x.    Sebarang Jualan Langsung adalah dilarang di sekolah.





             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                    49
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69