Page 68 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 68
iv. Guru perempuan :
▪ Mestilah berpakaian mengikut normal masyarakat timur dan sopan. Mini Skirt, pakaian
yang terlampau mendedahkan bahagian belakang, jeans yang ketat dan pakaian yang
terbuka jauh ke atas tidak dibenarkan.
▪ Baju-baju Hawai yang beragam warna adalah tidak baik.
▪ Pakaian baju kurung, baju kedah, baju kebaya pendek dan labuh adalah sesuai dipakai
semasa persekolahan.
▪ Perhiasan muka (make up) yang melampau adalah tidak baik.
▪ Rambut panjang yang tidak kemas tidak digalakkan.
▪ Bagi guru perempuan yang beragama Islam digalakkan supaya berpakaian menutup aurat
termasuk kepala.
v. Pakaian serban dan berjubah tidak dianggap pakaian rasmi bekerja.
vi. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai iaitu seluar
trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan
atau getah tanpa tumit.
vii. Semua guru penasihat unit beruniform adalah digalakkan memakai pakaian rasmi kokurikulum /
unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
viii. Guru digalakkan berbaju batik pada setiap hari Khamis manakala pada majlis-majlis rasmi
sekolah, pemakaian batik sekolah amat digalakkan.
ix. Guru hendaklah berpakaian lengkap dan memakai kot semasa perhimpunan rasmi.
x. Semua Guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di
sekolah / di luar sekolah.
16. TELEFON
i. Telefon sekolah hanya urusan rasmi sekolah sahaja.
ii. Penggunaan telefon bimbit adalah ditegah semasa proses PdP dan mesyuarat berjalan.
17. KESELAMATAN/ KEBERSIHAN
i. Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bangunan, bilik-bilik dan peralatan
sekolah.
ii. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak sengaja hendaklah di bawa ke pengetahuan Pentadbiran Sekolah.
iii. Ketua Panitia / Guru Kanan / Guru Bilik-Bilik Khas hendaklah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat-alat tertentu bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan
lain-lain.
iv. Semua kunci bilik-bilik, penduanya mesti disimpan di pejabat.
v. Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik–bilik tertentu, dia mestilah mendapat
kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut hendaklah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut
sepenuhnya.
vi. Jika seseorang murid sakit atau kemalangan pada masa persekolahan, perkara ini hendaklah
dilaporkan kepada Pengetua / PK HEM dengan segera.
vii. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh Pengurus Tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah
digunakan dengan rapi dan di simpan dengan selamat.
viii. Guru Kanan dan guru yang mempunyai bilik khas, tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal
dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan, kekemasan dan keselesaan bilik
tersebut.
ix. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.
18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
i. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesion yang baik dan sihat sesama guru
dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan
perasaan kekitaan.
ii. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaparkan pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
iii. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status sosial, sosial ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
iv. Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan pergaulan dengan pelajar hendaklah sentiasa
dijaga.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 53

