Page 67 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 67

xi.    Ibu bapa/ penjaga mesti menghormati harta benda awam dan orang lain.
                   xii.   Ibu bapa/  penjaga mesti menghormati dan menghargai maruah orang lain.
                   xiii.   Ibu bapa/ penjaga mesti mematuhi peraturan tempat letak kereta dan arahan keselamatan.

                   12.1  TINGKAH LAKU YANG PERLU DIHINDARI OLEH IBU BAPA/ PENJAGA/PELAWAT
                   i.     Tingkahlaku yang mengganggu ketenteraman, mengancam, atau campur tangan di bilik darjah,
                          pejabat dan mana-mana kawasan sekolah.
                   ii.              Meninggikan suara, menggunakan bahasa yang kasar, mengutuk atau bahasa tidak
                                    sopan ketika marah/ baran.
                   iii.   Tingkah  laku  yang  mengancam  keselamatan  warga  sekolah/  pelawat/  ibu  bapa/  penjaga
                          merupakan kesalahan jenayah.
                   iv.    Merosakkan atau memusnahkan harta benda sekolah.
                   v.     Menyalahgunakan atau membuat mesej yang mengancam atau fitnah melalui e-mel, teks, mel
                          suara, telefon atau lain-lain komunikasi bertulis serta melalui apa-apa bentuk media sosial seperti
                          facebook, instagram, whatsapp, telegram atau sebagainya.
                   vi.    Tidak  menggunakan  pihak  luar  untuk  menyelesaikan masalah  anak-anak  di sekolah.  Sesuatu
                          masalah atau isu yang berkaiatan hendaklah melaui saluran yang betul iaitu melalui sama ada
                          PIBG,  pengetua,  guru  besar,  dan  guru  kelas  supaya  masalah  berkenaan  dapat  diselesaikan
                          secara adil dan cukup berkesan bagi semua yang terlibat.
                   vii.   Menyerang atau mengambil tindakan sendiri mengenai disiplin murid di sekolah.
                   viii.   Tidak merokok atau mengambil alkohol semasa berada di kawasan sekolah. Sekiranya perkara
                          seperti ini berlaku, pihak sekolah boleh menghubungi pihak berkuasa atau boleh melarang orang
                          berkenaan memasuki kawasan sekolah.

                 13.   PELAWAT
                   i.     Guru hendaklah berwaspada tentang keselamatan pelajar. Semua pelawat termasuk ibu bapa
                          yang  ingin  berjumpa  dengan  murid-murid  atau  guru-guru  DIMESTIKAN  berjumpa  Pengetua  /
                          Penolong Kanan terlebih dahulu.
                   ii.    Pelawat-pelawat maupun ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan sama sekali memasuki bilik darjah.
                          Jika ibu bapa ingin membawa pulang anak, kebenaran daripada Pengetua / PK HEM hendaklah
                          diperolehi terlebih dahulu.
                   iii.   Guru  tidak  dibenarkan  berbincang  dengan  wakil-wakil  firma  atau  penjual-penjual  kecuali
                          kebenaran pengetua atau wakil.
                   iv.    Guru  dinasihatkan  supaya  mendapatkan  kebenaran  Pengetua  jika  mereka  mahu  berjumpa
                          dengan mana-mana pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri / Daerah.

                 14.   MESYUARAT GURU / PANITIA / UNIT-UNIT
                   i.     Guru mesti hadir mesyuarat guru / panitia / unit masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.
                   ii.    Mesyuarat mestilah mengikut agenda yang telah ditetapkan dalam surat jemputan. Guru-guru
                          mesti membuat persediaan awal sekiranya agenda memerlukan berbuat demikian.

                 15.   PAKAIAN / PENAMPILAN
                   i.     Guru hendaklah berpakaian kemas sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
                   ii.    Pakaian berbentuk seluar pendek dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru / staf.
                   iii.   Guru Lelaki :
                           ▪    Baju - Digalakkan memakai “bush jacket” atau baju kemeja bertali leher. Baju hendaklah
                                berlengan  panjang  dan  tangan  baju  jangan  dilipat  ke  atas.  Umumnya  baju  hendaklah
                                kemas dan tidak berwarna “liar”.
                           ▪    Seluar -  Seluar “jeans”  “bellbottom” dan bentuk seluar yang liar tidak dibenarkan. Seluar
                                yang menggunakan tali pinggan ukuran lebarnya janganlah melebihi 38.1 mm.
                           ▪    Kasut - Tiap orang guru hendaklah memakai kasut dan tidak memakai capal atau sandal.
                                Kasut ini pula hendaklah daripada jenis yang tertutup dan mempunyai satu warna sahaja.
                                Sarung kaki daripada warna biasa hendaklah juga dipakai.
                           ▪    Rambut  -  Rambut  guru  lelaki  hendaklah  berpotongan  sederhana.  (Rujuk  pekeliling
                                Ikhtisas Bil. 6/85)




             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                    52
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72