Page 66 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 66

ii.    Berhubung  dengan  menjalankan tuisyen  di  rumah,  guru-guru  diingatkan  bahawa tindakan  tersebut
                       adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan subseksyen 132 (g) di
                       mana  boleh  didenda  tidak  melebihi  RM  50,  000.00  (Ringgit  Malaysia  :  Lima  Puluh  Ribu)  atau
                       dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

            10.     TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN
                i.     Guru akan diberi tugas akademik dan tugas-tugas di bawah unit pentadbiran, HEM dan kokurikulum.
                       Mereka  mesti  melaksanakan  tugas-tugas  yang  ditetapkan  dengan  dedikasi,  cekap  dan
                       bertanggungjawab.
                ii.    Guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / wakilnya dari
                       semasa ke semasa.
                iii.   Jikalau guru menghadapi  sebarang  masalah  dalam bidang  perjawatan dan perkhidmatan, mereka
                       boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir / PK Pentadbiran / Pengetua.
                iv.    Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan  misalnya menghadiri mesyuarat, pergi
                       ke PPD/JPN atau ke sekolah   lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang  bertugas
                       tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya   tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas
                       itu terpaksa dijalankan  oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti  sampai ke
                       pengetahuan Pengetua.
                v.     Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah
                       dikemukakan kepada Pengetua / Penolong Kanan dengan menggunakan borang khas yang boleh
                       diperolehi di pejabat sekolah.
                vi.    Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah
                       hendaklah menjalankan ”In House Training” kepada guru lain dan dimaklumkan kepada Penolong
                       Kanan / Pengetua tarikh dan masa pelakanaannya.

               11.    MAJLIS / ACARA RASMI SEKOLAH
                   i.     Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah dan merekod dalam
                          Buku Rekod Kehadiran Program Sekolah.
                   ii.    Ketidakhadiran  dalam  mana-mana  majlis  rasmi  sekolah  tanpa  alasan  boleh  dianggap  engkar
                          perintah.

                  12.   KOD ETIKA IBU BAPA
                   i.     Ibu bapa/ penjaga mesti memahami dan mematuhi peraturan nilai etos ( kod etika )
                                                disekolah.
                   i.     Ibu bapa/ penjaga mesti merujuk dan mendapatkan kebenaran daripada pentadbir
                          sekolah  dahulu sekiranya  mempunyai sebarang masalah  dengan guru-guru  berkaitan  dengan
                          anak  mereka.  Hali  ini  kerana  pentadbir  merupakan  pihak  yang  bertanggungjawab  untuk
                          berbincang berkenaan permasalahan tersebut.
                   ii.    Ibu bapa/ penjaga mesti menghormati tanggungjawab utama guru-guru iaitu mendidik murid agar
                          menjadi insan yang cemerlang dari segi jasmani, akhlak dan akademik.
                   iii.   Ibu bapa/ penjaga mesti menjalinkan hubungan yang erat dan berterusan dengan guru-guru agar
                          setiap  permasalahan  yang  ditimbulkan  oleh  anak-anak  mereka  dapat  diselesaikan  secara
                          harmoni.
                   iv.    Ibu bapa/ penjaga mesti hadir ke sekolah dan memberikan kerjasama apabila diminta berkongsi
                          maklumat dengan guru dalam proses membantu murid.
                   v.     Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan membawa masuk topi keledar, benda atau bahan terlarang
                          yang boleh mendatangkan mudarat atas dasar keselamatan ke dalam kawasan sekolah. Pihak
                          sekolah berhak menghalang jika arahan ini tidak dipatuhi dan akan menghubungi balai polis yang
                          berhampiran.
                   vi.    Ibu  bapa/  Penjaga  mesti  mengawal  emosi  apabila  berhadapan  dengan  permasalahan  anak
                          mereka.
                   vii.   Ibu bapa/ penjaga perlu beradab sopan semasa berurusan dengan pihak sekolah.
                   viii.   Ibu bapa/ penjaga mesti komited dengan semua usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG)
                          untuk meningkatkan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
                   ix.    Ibu bapa/ penjaga bertanggungjawab penuh dalam memastikan kehadiran anak ke sekolah pada
                          setiap hari mengikut waktu yang ditetapkan dengan pakaian yang sesuai dan mengikut peraturan.
                   x.     Ibu bapa/ penjaga tidak boleh menjadikan sekolah sebagai pusat asuhan.





             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                    51
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71