Page 70 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 70
24. PUNGUTAN WANG / BAYARAN
i. Guru-guru tidak boleh menggunakan wang yang dikutip dari murid-murid untuk keperluan sendiri
walaupun buat sementara.
ii. Resit rasmi hendaklah diambil dari Pembantu Tadbir Kewangan sebaik sahaja sesuatu bayaran
dilakukan kepadanya.
25. LAWATAN / MAJLIS
i. Lawatan sambil belajar, perkelahan, perkemahan, kembara dan majlis perpisahan kelas-kelas
boleh dianjurkan hanya dengan kebenaran Pengetua.
ii. Sila patuhi prosedur lawatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN.
26. ELEKTRIK / AIR / GAS (SEKOLAH)
i. Semua guru / kakitangan diminta memberi kerjasama ke arah menjimatkan penggunaan elektrik
dan air. Guru digalakkan sentiasa memberitahu atau mengingatkan murid supaya menjimatkan
penggunaan elektrik dan air. Pembaziran mestilah dielakkan.
ii. Sebelum meninggalkan bilik, pastikan semua suis ditutup.
27. UMUM
i. Tingkah laku yang baik secara umumnya bukan sahaja di sekolah bahkan di luar sekolah dan ia
sepatutnya menjadi contoh teladan kepada murid-murid.
ii. Sikap pilih kasih dan terlalu rapat dengan murid-murid tidak patut diamalkan kerana ini pada
kebiasaannya menimbulkan masalah. Guru-guru dingatkan supaya tegas tetapi bertimbang rasa
akan masalah pelajar. Hubungan guru-murid hendaklah diasaskan kepada persefahaman dan
rasa saling hormat-menghormati.
iii. Guru-guru diingatkan agar mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang sumbang, pecah
amanah dan sebagainya.
iv. Sekiranya menghadapi apa-apa masalah, guru-guru janganlah teragak-agak untuk membuat
perbincangan tentang masalah-masalah sekolah dengan Pengetua / Penolong Kanan. Masalah
sekolah adalah masalah bersama.
v. Guru-guru dilarang sama sekali berhubung terus dengan kedutaan asing atau membuat sebarang
kenyataan akhbar berhubung dengan sekolah / PPD / JPN.
vi. Guru-guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh membuat tafsiran akan
kehendak dan hasrat visi, misi dan objektif SMK Kemumin. Dengan itu, semua guru harus sentiasa
berusaha untuk mencapai hasrat tersebut.
vii. Guru diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan mengenai Dasar Sekolah sama ada sesama
sendiri, apa lagi menyebarkan di luar sekolah. Guru juga dilarang membuka keaiban atau
kelemahan guru-guru lain di hadapan murid.
viii. Guru / staf sokongan tidak dibenarkan membawa anak-anak ke bilik guru / kelas / pejabat atau
membenarkan anak-anak kecil merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sepanjang waktu
persekolahan.
ix. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan maklumat dan pengurusan sekolah adalah tertakluk
kepada maklumat semasa yang disampaikan oleh Pengetua / Penolong-Penolong Kanan perlu
dijadikan panduan dan diterima pakai.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 55

