Page 69 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 69
19. BILIK GURU/ BILIK KHAS
i. Kebersihan dan keselamatan bilik guru menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
ii. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘on-teaching period’ dan bukannya `free period`. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara–perkara berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan
dijalankan di bilik guru.
iii. Guru tidak digalakkan membenar pelajar berada di bilik guru.
iv. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama–sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak menggangu ketenteraman mana-mana pihak.
v. Guru-guru diminta supaya jangan memesan minuman atau makanan dari kantin untuk dimakan
atau diminum di bilik guru / bilik darjah. Minum dalam sebahagian dari masa mengajar juga
dilarang.
vi. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu,
air-cond, dipadamkan dan semua pintu ditutup.
v. Sekiranya guru bilik khas menyediakan perkhidmatan kepada pelajar, satu jadual penggunaan
bilik hendaklah disediakan / ditampalkan di pintu bilik.
vi. Satu salinan kunci bilik khas hendaklah disimpan di pejabat sekolah setiap masa (untuk tujuan
kecemasan).
20. SURAT MENYURAT
i. Semua surat rasmi yang berkaitan dengan hal sekolah atau perjawatan hendaklah dikirimkan
melalui pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. Satu salinan hendaklah juga
diberikan kepada Pengetua supaya dapat disimpan untuk rujukan.
ii. ’Letter head’ sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran Pengetua.
iii. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat–surat tersebut.
iv. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan kepada Pengetua, surat itu boleh
disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
21. PEMBELIAN PERALATAN
i. Guru yang hendak membeli peralatan / bahan / alat mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan nota minta yang boleh di perolehi di pejabat.
ii. Nota Minta yang telah disahkan oleh Guru Kanan / Penolong Kanan mesti diserahkan kepada
Pembantu Tadbir (PT) Kewangan untuk mencatatkan baki peruntukan yang ada sebelum
diluluskan oleh pengetua.
iii. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Dalaman.
iv. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan di rekodkan dalam buku stok
dengan kemas.
v. Guru dilarang membuat perundingan dengan pembekal-pembekal peralatan sekolah / peniaga
tanpa kebenaran daripada Pengetua.
22. BUKU STOK / INVENTORI
Guru Kanan / Ketua Panitia atau guru-guru yang diberi tanggungjawab menguruskan buku stok / inventori
mesti memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini.
Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan / Pegawai Aset.
23. ARAHAN DAN PEKELILING
i. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan
dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
ii. Guru-guru tidak diberi kuasa untuk mengedarkan sebarang pemberitahuan tanpa kebenaran
pengetua / Penolong Kanan.
iii. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah simpan dokumen tersebut di
dalam fail khas.
iv. Sekiranya pekeliling itu dari KPM, JPN atau PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera
ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 54

