Page 95 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 95
2. DISIPLIN
2.1 Guru perlu berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai murni kerana ia adalah model bagi murid.
2.2 Guru bertanggungjawab terhadap disiplin murid dan hendaklah sentiasa memastikan murid
sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah serta berbudi bahasa. Hal disiplin
tidak seharusnya dibiar dan dianggap sebagai tanggungjawab guru disiplin sahaja.
2.3 Konsep semua guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan harus dihayati.
2.4 Masalah disiplin berat perlu dirujuk kepada ketua guru disiplin untuk tindakan/ disampaikan
kepada PK HEM/Pengetua.
2.5 Guru boleh menghukum atau mendenda murid yang bersalah, asalkan hukuman itu
munasabah dan bersifat mendidik. Walau bagaimanapun guru dinasihatkan tidak
mengenakan hukuman fizikal atau hukuman dera (Corporal Punishment) ke atas diri
murid.
2.6 Guru digalakkan menggunakan komunikasi berkesan dengan setiap “Stakeholder” dan
mengamalkan budaya “Sekolah Penyayang”.
2.7 Buku Peraturan Disiplin Sekolah menjadi panduan untuk mengurus disiplin murid - murid.
2.8 Guru-guru diminta menggunakan kebolehan dan kepakaran kaunselor sekolah dengan
menghantar/merujuk murid- murid yang difikirkan perlu mendapat bimbingan dan
kaunseling.
3. PERHIMPUNAN RASMI NORMA BAHARU SEKOLAH
3.1 Semua guru wajib hadir perhimpunan rasmi mingguan dengan menepati masa kecuali sakit
atau menerima arahan Pengetua untuk tugas-tugas rasmi.
3.2 Perhimpunan rasmi diadakah pada setiap hari Ahad kecuali terdapat perubahan khas yang
dikeluarkan oleh Pengetua.
3.3 Ciri-Ciri Perhimpunan Norma Baharu Sekolah :
o Murid Beratur di luar kelas
o Guru-guru berdiri di sepanjang koridor
o Ketibaan Para Pentadbir
o Nyanyian lagu Negaraku,lagu negeri , bacaan doa dan lafaz Ikrar
o Slot Students Voice
o Laporan Guru Bertugas
o Amanat Pentadbir
o Nyanyian Lagu Sekolah
4. PENGURUSAN KANTIN
4.1 Kantin beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang untuk murid dan guru.
4.2 Murid boleh membuat pembelian di kantin pada waktu rehat sahaja
Rehat Menengah Rendah : 9.40 – 10.10 pagi
Rehat Menengah Atas : 10.20 – 10.40 pagi
4.3 Murid membeli makanan di kantin dan makan di dalam kelas.
4.4 Pemeriksaan Kendiri kantin dijalankan dengan pemantauan Guru Kantin.
4.5 PKHEM dan Guru Kantin memeriksa kantin setiap hari dan menghantar laporan ke PPD
pada setiap akhir bulan.
4.6 Bil air dan elektrik adalah tanggungjawab pihak kantin. Satu salinan pembayaran bil mesti
dihantar ke pejabat sekolah.
4.7 Harga makanan dan minuman tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan daripada pihak
sekolah dan PIBG.
4.8 Tanda harga makanan atau minuman perlu dipamerkan.
4.9 Syarat peringatan akan dikeluarkan kepada Pengusaha Kantin sekiranya tidak mematuhi
peraturan yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin sekolah.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 78

