Page 96 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 96
4.10 Kebersihan sekeliling berhampiran kawasan kantin adalah tanggungjawab Pengusaha
Kantin. Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin hendaklah dijaga supaya sentiasa
bersih, kemas dan selamat.
5. KEBERSIHAN , KESELAMATAN DAN KESIHATAN
5.1 Menggunakan Sistem Audit Kebersihan untuk mengaudit kebersihan kelas, makmal,
bengkel, kelas-kelas khas, tandas dan kawasan sekolah.
5.2 Rumput dipotong dua kali sebulan.
5.3 Hanya guru boleh mengeluarkan kunci dari pejabat selepas membuat catatan dalam Buku
Rekod Ambilan Kunci.
5.4 Pelawat yang masuk ke sekolah mesti berdaftar di pondok pengawal keselamatan. Pas
perlu diberikan kepada pelawat. Sekiranya pelawat tidak mematuhi cara berpakaian masuk
ke dalam kawasan sekolah, pengawal keselamatan boleh meminta pelawat supaya tidak
masuk ke dalam kawasan sekolah.
5.5 Segala pengurusan pelawat dengan warga sekolah mesti dijalankan di pejabat sekolah.
5.6 Guru mata pelajaran mesti mencatat perkara yang berikut dalam Buku Kawalan Kelas.
5.6.1 Bilangan murid dalam kelas
5.6.2 Disiplin murid
5.6.3 Ketiadaan murid di dalam kelas
5.7 Guru mata pelajaran perlu mengubungi ibu bapa sekiranya murid tidak sihat atau cedera
untuk tindakan susulan. Sekiranya berlaku kecemasan, ibu bapa / penjaga dimaklumkan
dengan kadar segera dan jika perlu, guru bertugas perlu memanggil ambulans. Guru
bertugas perlu mengiringi murid di dalam ambulans ke hospital dan tunggu sehingga ibu
bapa / penjaga sampai. Rawatan untuk kecederaan yang ringan boleh diberi kepada murid
dalam keadaan tertentu.
5.8 Ubat di Bilik Kesihatan hanyalah untuk kegunaan rawatan luaran sahaja.
5.9 Latihan Kebakaran Bangunan dijalankan 2 kali setahun.
5.10 Apa sahaja suntikan yang diberikan oleh pihak kerajaan mesti mendapat kebenaran
daripada ibu bapa / penjaga walaupun surat daripada Kementerian Kesihatan sudah
dikeluarkan.
6. KEBAJIKAN DAN BIASISWA
6.1 Murid miskin yang tidak mendapat biasiswa boleh memohon bantuan kewangan membayar
bayaran tambahan dan juga bantuan baju sekolah, beg sekolah, kasut, alat tulis dan buku.
6.2 Bantuan kewangan atau kebendaan diberi tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan
pencapaian akademik.
6.3 Murid yang hendak menggunakan wang biasiswa BKP perlu mendapatkan kebenaran
daripada Guru Biasiswa dengan mengisi borang khas Lampiran B.
6.4 Buku akaun murid yang menerima biasiswa perlu dipulangkan dalam masa seminggu.
Sekiranya tidak dipulangkan tindakan menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa
atau penjaga akan dikeluarkan.
6.5 Pemilihan murid yang layak menerima biasiswa akan ditapis bersama guru tingkatan dan
seterusnya ke Mesyuarat Pengurusan Sekolah sebelum nama dimasukkan ke dalam
APDM.
6.6 Jawatankuasa Biasiswa berhak menggantung atau memberhentikan pembayaran biasiswa
kepada murid-murid sekiranya didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau
mana-mana mahkamah di Malaysia.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 79

