Page 98 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 98
10.8 Murid yang datang lewat lebih tiga kali dan ke atas tanpa sebab dikehendaki membuat kerja
khidmat kemasyarakatan bagi membantu sekolah.
10.9 Murid hanya dibenarkan keluar kelas dengan satu jenis pas selepas mendapat kebenaran
guru mata pelajaran.
- Pas keluar
- Memo khas
10.10 Murid yang ingin keluar dari kelas semasa waktu perantaraan/guru tiada di kelas perlu
meminta pas keluar daripada kelas sebelah.
SENARAI TUGAS GURU
1. GURU TINGKATAN
1.1 Pengurusan Organisasi Kelas
a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.
b. Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan hitam,
menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
c. AJK Keceriaan mestilah sentiasa mengemaskini papan maklumat dari semasa ke semasa,
menyediakan langsir dan bunga untuk kelas.
d. Mengawal selia perhiasan, kebersihan dan inventori peralatan di dalam bilik darjah.
Tindakan hendaklah diambil terhadap murid yang tidak menjalankan tugas.
e. Memastikan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
i. Jadual waktu
ii. Jadual bertugas
iii. Inventori perabot
iv. Motto kelas
v. Alat pembersihan seperti penyapu, bakul sampah, penyodok sampah dan
pemadam papan hitam.
f. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada Ketua Pembantu Tadbir.
g. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas sebagaimana sepatutnya.
h. Mengadakan tabung kelas dengan dengan jumlah yang dipersetujui / mampu dibiayai oleh
kelas bagi tujuan :
- Keceriaan kelas
- Kebajikan murid
1.2 Laporan Kehadiran Harian (LKH)
a. Setiap Guru Tingkatan akan diberi sebuah buku Laporan Kehadiran Harian (LKH) bagi
menggantikan Jadual Kedatangan Murid. Buku ini adalah suatu dokumen rasmi peringkat
sekolah walaupun pengisian I Hadir menjadi ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penggunaan LKH masih relevan dan mudah diakses oleh unit HEM apabila memerlukan
segera maklumat murid.
b. LKH tidak boleh dibawa pulang atau ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di kelas,
kantin dsb. Ianya hendaklah sentiasa berada di rak yang disediakan di Bilik Penolong
Kanan.
c. LKH hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru
Tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya Guru Tingkatan tidak hadir,Guru Tingkatan
Back Up / Guru Penyelaras Tingkatan / Guru Bertugas Mingguan bertanggungjawab
menandanya. Jangan sesekali diserahkan kepada Ketua Tingkatan untuk mengisi
kedatangan murid.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 81

