Page 97 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 97

7.  SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

                   7.1  Semua buku SPBT mesti dibalut dan dilengkapkan maklumat murid di bahagian belakang
                       buku teks.
                   7.2  Buku SPBT tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas.
                   7.3  Murid tingkatan lima boleh memulangkan buku SPBT sebelum peperiksaan SPM sekiranya
                       tidak diperlukan.
                   7.4  Murid baharu yang tidak membawa buku teks dari sekolah lama hanya akan diberi buku
                       teks sekiranya sekolah ada lebihan buku teks.
                   7.5  Murid yang hilang atau rosak buku teks perlu menggantikannya.
                   7.6  Murid tingkatan satu dan dua tahun semasa akan dibekalkan buku teks tingkatan dua dan
                       tiga masing-masing sebelum cuti akhir tahun.
                   7.7  Murid  yang  memulangkan  buku  teks  untuk  tahun  semasa  akan  diberi  keutamaan  untk
                       mendapat buku pada tahun berikutnya.

               8.  PEMIMPIN MURID

                   8.1  Semua Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan tidak boleh menjadi Pengawas.
                   8.2  Semua Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan mesti memakai tanda nama dan tali leher
                       sepanjang masa. Bagi yang perempuan, tudung berjahit lace berwarna merah.
                   8.3  Ketua tingkatan dan Pengawas yang tidak menjalankan tugas sepertimana yang diarahkan
                       oleh pihak sekolah boleh dilucutkan jawatannya dan diganti dengan murid lain.

               9.  DATA MURID

                   9.1  Semua data dalam APDM adalah sulit.
                   9.2  Data APDM perlu diberi kepada murid yang pindah sekolah.
                   9.3  Guru Tingkatan perlu mengemaskini data APDM pada akhir setiap bulan.

               10.  PENGURUSAN DISIPLIN MURID

                 10.1  Sekolah menggunakan kaedah Sistem Merit dan Demerit dalam pengurusan SSDM.
                 10.2  Maklumat di dalam Borang Profil Pelajar adalah rahsia. Semua guru boleh akses
                       maklumat di dalam profil dan hanya diuruskan di dalam Bilik Pengurusan Bina Insan.
                 10.3  Ibu Bapa / Penjaga dimaklumkan sebelum tindakan merotan melainkan ibu bapa tidak dapat
                       dihubungi setelah tiga kali panggilan dibuat.
                 10.4  Hanya guru yang diperturunkan kuasa merotan boleh melaksanakan tindakan merotan (SPI
                       7/1995,  SPI  4/1996).  Program  Jaringan  Pembinaan  Insan  bersama  UBK  dan  guru
                       Pembangunan Insaniah perlu dipatuhi.
                 10.5  Walaupun pihak sekolah mengikuti (SPI 4/1997) merotan masih tetap dijalankan mengikut
                       budi bicara.
                 10.6  Surat  perjanjian  berkelakuan  baik  mesti  dibuat  selepas  tindakan  gantung  dan  buang
                       sekolah.
                 10.7  Tindakan  tatatertib  mesti  diputuskan  oleh  mesyuarat  Lembaga  Disiplin  murid  tidak
                       dibenarkan  membawa  telefon  bimbit,  alat  elektronik  serta  barang-barang  berharga  di
                       sekolah.  Murid  yang  melanggar  peraturan,  pihak  sekolah  akan  merampas  dan
                       menyimpannya.  Hanya  ibu  bapa  yang  boleh  menuntut  telefon  bimbit  yang  dirampas.
                       Sekiranya kesalahan berulang, barangan itu akan disimpan sehingga akhir tahun. Markah
                       dimerit diberikan.  Manakala bagi lain-lain barang yang dirampas, tidak akan dipulangkan
                       kepada pelajar. Pihak sekolah tidak akan menanggung  rsiko sekiranya berlaku kerosakan
                       atau kehilangan barang tersebut.



             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     80
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102