Page 41 - tmp
P. 41

Perancangan Sekolah 2020

                 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                 E. Kebajikan dan Bantuan
                    1.  Membantu Penolong Kanan HEM, Guru Kebajikan dan zakat memilih murid yang layak untuk diberi
                        bantuan/zakat.
                 F.  Disiplin
                    1.  Membantu guru disiplin menjaga dan menguruskan disiplin murid dalam kelas masing- masing.
                 G.  Kaunseling
                    1.  Membantu guru kaunselor membimbing murid dalam kelas masing-masing.
                  H. Pengurusan dan Organisasi Kelas
                    1.  Membantu guru kelas dalam pengurusan dan organisasi Kelas.
                    2.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pentadbir  dari semasa ke semasa.


                                               TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS

                        1.  Bertugas mulai hari Ahad hingga Sabtu (jika hari persekolahan) mengikut jadual.
                        2.  Tiba di sekolah setengah jam lebih awal dan balik setengah jam selepas tamat waktu persekolahan.
                        3.  Mengelolakan perhimpunan rasmi  (hari Ahad atau hari-hari upacara) dan perhimpunan harian serta
                           menyampaikan  pengumuman,  termasuk  pengawasan  disiplin  murid  dan  penyediaan  alat  pembesar
                           suara.
                        4.  Bertanggungjawab memantau dan membuat laporan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
                        5.  Bertanggungjawab  ke  atas  kebersihan  kawasan  sekolah  (dalam  dan  diluar  bilik  darjah).  Guru-guru
                           bertugas boleh meminta bantuan pekerja pembersihan , jika terdapat kekotoran berat yang perlu tindakan
                           segera.
                        6.  Bertanggungjawab terhadap murid yang kemalangan/kecederaan. Tindakan yang sewajarnya hendaklah
                           diambil segera dengan menghubungi waris. Jika keadaan murid itu kritikal dan perlu rawatan segera di
                           klinik atau hospital atau perlu dihantar balik ke rumah, guru bertugas hendaklah mendapat kebenaran
                           Guru Besar atau Penolong Kanan  untuk tindakan selanjutnya.
                        7.  Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin murid di dalam kawasan sekolah serta ketika murid-
                           murid  hadir  ke  sekolah  serta  waktu  balik.  Murid-murid  yang  melintas  jalanraya,  perlulah  diberikan
                           kawalan dan selamat. Guru-guru bertugas boleh meminta bantuan pekerja sekolah, terutama pada waktu
                           balik.
                        8.  Memastikan seluruh kawasan sekolah sentiasa selamat daripada anasir luar. Pintu pagar utama dan
                           mana-mana pintu masuk hendaklah sentiasa ditutup ketika persekolahan sedang berjalan.
                        9.  Guru bertugas hendaklah sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekolah.semua pelawat hendaklah
                           dicatat nama dan tujuan kehadiran mereka di dalam buku pelawat serta buku Laporan Guru Bertugas.
                        10.  Guru bertugas juga hendaklah memastikan semua murid dan keluarga sekolah berada di tempat yang
                           selamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
                        11.  Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan serta barang-barang yang dijumpai.
                        12.  Membantu guru pengawas dan disiplin, memastikan pengawas-pengawas sekolah menjalankan tugas
                           dengan baik.
                        13.  Amalan guru penyayang dilaksanakan mengikut arahan KPM .
                        14.  Menulis laporan perjalanan sekolah pada setiap hari sepanjang masa bertugas di dalam buku Laporan
                           Guru Bertugas dan menyerahkan ke meja PK HEM sebelum meninggalkan sekolah setiap hari. Laporan
                           hendaklah  ditulis  selepas  tamat  waktu  persekolahan  atau  selepas  aktiviti  Kokurikulum  (bagi  hari
                           kokurikulum) sebelum meninggalkan sekolah. Laporan yang ditulis lebih awal atau sebelum sekolah
                           berakhir adalah laporan yang tidak sah dan kemas kini.
                        15.  Sentiasa membantu Guru Besar / Penolong Kanan dalam semua hal untuk memastikan perjalanan
                           sekolah teratur untuk setiap hari dan minggu.




                 SK KOTA KUALA MUDA                                                                         27
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46