Page 36 - tmp
P. 36
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
12.6 Jika guru-guru menghadapi masalah, berunding dan mintalah nasihat sebaik-baiknya dengan Guru
Besar atau Penolong Kanan. Elakkan daripada mengambil tindakan bercuti sesuka hati. Hanya
ketua jabatan (Guru Besar) yang berhak meluluskan cuti.
13. Keluar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan.
13.1 Elakkan daripada keluar daripada kawasan sekolah sewaktu sesi persekolahan.
13.2 Kebenaran keluar dari Guru Besar / Penolong Kanan hanya atas tugas rasmi atau keperluan peribadi
yang terdesak (kecemasan).
13.3 Guru-guru yang dibenarkan keluar sama ada rasmi atau peribadi perlu mengisikan maklumat pada Buku
Rekod Pergerakan Guru di dalam Buku Keluar / Masuk kawasan sekolah di pejabat sekolah.
14. Kegiatan-kegiatan di luar sekolah
14.1 Kegiatan-kegiatan yang menjejaskan kelicinan tugas guru di sekolah harus dielakkan (contohnya
berniaga, kelas tuisyen dan sebagainya – boleh dilakukan dengan kebenaran Pendaftar/Pengarah).
14.2 Kegiatan politik secara aktif tidak digalakkan. (Jika ingin ceburi secara aktif sila dapatkan kebenaran
Kementerian Pendidikan melalui Pendaftar Sekolah/JPN)
15. Pekeliling Guru Besar / Sekolah, JPN, KPM dan sebagainya.
15.1 Baca, faham dan mengambil tindakan segera.
15.2 Turunkan tanda tangan (untuk semakan Guru Besar) apabila pekeliling itu sudah dibaca, difahami atau
telah diambil tindakan.
15.3 Jika perlu maklumat lanjut/ penjelasan sila hubungi Guru Besar atau penolong kanan dengan segera.
15.4 Setelah dibaca, difahami dan diambil tindakan, salinan pekeliling hendaklah difailkan di dalam fail kerja
yang berkenaan dan diminitkan.
15.5 Jangan menyimpan atau membawa keluar pekeliling atau fail dari kawasan sekolah agar tidak
menjejaskan tindakan/perjalanan sekolah selanjutnya.
16. Maklumat Guru / Fail Peribadi
16.1 Butiran lengkap bersabit dengan kelulusan akademik,peribadi, waris, keluarga, profesion dan
sebagainya hendaklah ada di dalam fail peribadi guru di sekolah.
16.2 Borang-borang berkenaan hendaklah diisi oleh setiap guru baru ketika melapor diri di sekolah ini.
16.3 Guru- guru yang akan meninggalkan sekolah pada cuti hujung tahun atau akan berpindah sekolah
perlulah mengisi boring Akuan Serahan Tugas dan disahkan oleh Guru Besar sebelum meninggalkan
sekolah.
16.4 Semua maklumat dan fail peribadi guru adalah sulit dan hanya boleh dirujuk dengan kebenaran Guru
Besar di pejabat sahaja.
16.5 Setiap guru bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat peribadi dalam system e-operasi , e-
pangkat, HRMIS.
SK KOTA KUALA MUDA 22

