Page 38 - tmp
P. 38

Perancangan Sekolah 2020

                 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN



                                                    BIDANG TUGAS UNIT

                                                  SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
                    1.  Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta  mengedarkannya.
                    2.  Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
                    3.  Mengurus peperiksaan dan memastikan  keselamatan soalan.
                    4.  Menganalisa dan  melapur keputusan  peperiksaan  dalaman  dan luaran.
                    5.  Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
                    6.  Menyedia,mengisi,menyemak  borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan JPN.
                    7.  Menyedia /melengkapkan bilik-bilik  peperiksaan.
                    8.  Menjalankan kajian sosioekonomi  pelajar sebagai  faktor penyebab kecemerlangan.


                                                         GURU KELAS

                    1.  Merekod  dan mengemaskini butiran  peribadi  murid  ke  dalam  fail  peribadi yang  disediakan    buku  rekod
                        mengajar dan dalam sistem APDM.
                    2.  Laporan kehadiran  murid  hendaklah dihantar kepada PK HEM  pada waktu yang pertama pada setiap hari
                        belajar.
                    3.  Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat
                        menghadirkan diri di sekolah.
                    4.  Bagi murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang
                        munasabah, guru kelas hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan
                        satu salinan ke pejabat sekolah.
                    5.  Sekiranya  murid  tidak  hadir  selama  sebulan,  namanya  dikeluarkan  dari  sistem.  Kes-kes  ini  hendaklah
                        dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
                    6.  Menjalankan  pengurusan  bilik  darjah  seperti  pemilihan  ketua  darjah mengikut  suara  ramai dalam kelas,
                        membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan
                        teratur dan menguruskan pertukaran murid.
                    7.  Memungut  bayaran  tambahan  ataupun  sumbangan    serta    mengeluarkan  resit  kepada  murid  dan
                        merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan.
                    8.  Menyerahkan kira-kira pungutan bayaran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
                    9.  Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid dan memastikan murid
                        yang berpindah masuk atau keluar membawa bersama buku teks.
                    10.  Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil
                        berhenti sekolah dan surat akuan.
                    11.  Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
                    12.  Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu murid.
                    13.  Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi,
                        berusaha dan kesedaran sivik.
                    14.  Melaporkan  kes-kes  yang  tidak  dapat  diselesaikan  oleh  guru  kepada    PK  HEM  seperti  ketidakhadiran,
                        ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain.
                    15.  Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan murid baru dan mereka yang berhenti
                        dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
                    16.  Bagi  kelas-kelas  peperiksaan  adalah  penting  baginya  untuk  mengisi  borang  masuk  peperiksaan  dan
                        membantu menyusun kerusi meja.






                 SK KOTA KUALA MUDA                                                                         24
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43