Page 39 - tmp
P. 39
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Data Offline PBD bagi tahun 1 hingga 4 di samping
menyediakan slip peperiksaan dalam sistem SAPS bagi tahun 5 dan 6.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari
persekolahan.
20. Berada di samping muridnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari
biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan BBM, maklumat dan berita-berita yang positif,
membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah
kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.
KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
2. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan.
3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran.
4. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir sekolah.
5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk AJK jadual
waktu.
6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber
Sekolah.
8. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini.
9. Sebagai penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas jawapan
10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.
11. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan
strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi murid yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
12. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.
13. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.
14. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila
diperlukan.
15. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian
Pendidikan dan lain-lain.
16. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.Membantu menyediakan data-
data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.
17. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.
18. Membantu Guru Besar dan Penolong Kanan memantau PdPC ahli panitianya.
19. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan
UPSR.
20. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat bantu mengajar diselenggarakan
dengan baik.
SK KOTA KUALA MUDA 25

