Page 40 - tmp
P. 40
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENYELARAS KELAS/ARAS
A - Pengagihan Murid / Murid Pindah / Murid Baru
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan Guru
Penolong Kanan / Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu
2. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang,dan
Pengetua mesti dimaklumkan.
3. Membantu PK HEM menerima kemasukan murid baru.
4. Memastikan surat-surat kelulusan/ kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut kelas)
dengan kemas dan teratur.
5. Bekerjasama dengan guru-guru berkenaan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut untuk dihantar
ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid dan mengumpulkan maklumat-maklumat berikut pada akhir
tahun :
5.1 Buku/ Kad/ Pelaporan Kemajuan Murid
5.2 Kad KOKU
5.3 Kad SEGAK
5.4 SPBT
5.5 Buku Rekod Kesihatan
6. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru tahun 1 untuk kemasukan ke
kelas baru.
7. Memastikan guru kelas memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir dalam buku
Pendaftaran.
8. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia dikemaskini.
9. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini mesti disimpan di pejabat.
10. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.
11. Memastikan murid baru ditempatkan di kelas-kelas mengikut pemilihan yang telah ditetapkan.
12. Menyampaikan laporan tentang murid baru kepada Pentadbir.
B - Sistem kedatangan Murid dan kedatangan murid.
1. Sekirannya guru kelas tidak hadir, guru penyelaras perlu melaporkan kehadiran murid melalui sistem yang
ditetapkan oleh pihak sekolah selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir.
2. Sekirannya guru kelas tidak hadir pada hari terakhir setiap bulan, guru penyelaras perlu mengambil alih
tugas melengkapkan maklumat pada bulan tersebut.
3. Menyemak Jadual Kedatangan Murid setiap akhir bulan melalui sistem APDM dan mengambil tindakan
dengan memaklumkan kepada guru kelas, PKHEM.
4. Memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan tentang jumlah murid dalam setiap kelas setiap akhir
bulan.
C. Laporan Murid, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan.
1. Membantu guru kelas membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan dan lain-lain.
2. Bekerjasama dengan guru-guru kelas bagi memastikan Sijil-sijil disiapkan di peringkat sekolah iaitu:
a. Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain.
b. Surat Akuan. dan lain-lain
D. Skim Pinjaman Buku Teks .
1. Membantu guru kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).
SK KOTA KUALA MUDA 26

