Page 37 - tmp
P. 37

Perancangan Sekolah 2020

                 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                           PANDUAN DAN PERATURAN KESELAMATAN MURID-MURID SEMASA KECEMASAN

                    1.  Apabila loceng atau siren dibunyikan berterusan (tanpa henti), ini menandakan ada kecemasan
                        sedang berlaku di kawasan sekolah.

                    2.  Pihak sekolah atau guru bertugas hendaklah menghubungi pihak berkenaan seperti bomba atau
                        sebagainya dengan segera untuk mendapatkan bantuan.

                    3.  Guru yang berada di dalam kelas hendaklah menyuruh murid-muridnya supaya mengosongkan
                        kelas, bergerak pantas menuju ke tempat-tempat yang telah dikhaskan (rujuk pelan pergerakan
                        murid ketika kecemasan).

                    4.  Murid-murid tidak perlu membawa apa-apa ketika meninggalkan kelas.

                    5.  Murid-murid hendaklah diarah berbaris dan berhimpun mengikut kelas masing-masing.

                    6.  Buku Jadual Kedatangan akan dibawa oleh Pembantu Pejabat ke tempat perhimpunan. Guru kelas
                        hendaklah segera menyemak dan mengenal pasti jumlah murid yang hadir pada hari tersebut serta
                        jumlah semua murid yang ada bersamanya di tempat perhimpunan. Jika sekiranya ada murid yang
                        terperangkap, guru berkenaan hendaklah segera memberitahu guru bertugas, guru besar atau pihak
                        bomba untuk tindakan lanjut.

                    7.  Guru-guru  hendaklah  memastikan  murid-murid  berkumpul  di  tempat  yang  ditetapkan  dan  tidak
                        berkeliaran atau kembali ke kelas untuk mengambil barang-barang yang mereka anggap penting.
                        Disiplin dan keselamatan murid adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan sehingga segala-
                        galanya terkawal dan mendapat bantuan yang sewajarnya.

                    8.  Pergerakan murid perlu dikawal dengan rapi oleh guru agar tidak berebut-rebut dan merempuh
                        kawan-kawan di hadapan untuk mendahului ke tempat yang selamat.

                    9.  Ingatlah, sewaktu kecemasan, ketenangan akan lebih menjamin keselamatan kita semua.




                                              PASTIKAN SEKOLAH SENTIASA SELAMAT.



















                 SK KOTA KUALA MUDA                                                                         23
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42