Page 12 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 12

SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
                                                                      BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM  202
                                 PENTADBIRAN AM UNTUK GURU DAN AKP
                                     SMK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA

           1   ARAHAN AM
               1.1  Selaku  pegawai  kerajaan  guru  dan  Anggota  Kumpulan  Pelaksana  (AKP)  adalah
                     tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua
                     guru  dan  AKP  dikehendaki  membaca,  memahami  dan  juga  mematuhi  Perintah  Am
                     tersebut.
               1.2  Guru dan AKP hendaklah membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat
                     akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
               1.3  Guru  hendaklah  menghayati  tatasusila  profesional  keguruan  dan  menjunjungnya
                     sebagai  satu  profesion  dan  bukan  sebagai  satu  pekerjaan  atau  mata  pencarian
                     semata-mata.
               1.4  Semua  guru  dan  AKP  hendaklah  mengamalkan  dan  menghayati  prinsip-prinsip
                     perkhidmatan cemerlang.
               1.5  Guru  hendaklah  mengamal  dan  menghayati  Visi,  Misi,  Moto,  Falsafah,  Objektif  dan
                     Piagam Pelanggan Sekolah, Fasafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan
                     Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 dan Dasar-dasar
                     kerajaan terkini.
               1.6  Semua  guru  dan  AKP  dikehendaki  meletakkan  kepentingan  tugas  lebih  daripada
                     kepentingan diri sendiri.
               1.7  Semua  guru  dan  AKP  dikehendaki  bertanggungjawab  menjaga  dan  menjamin
                     keselamatan  murid  ketika  belajar  dl  sekolah  dan  menjaga  keselamatan  harta  benda
                     sekolah.
               1.8  Semua guru dan AKP hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan
                     dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

           2   WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
                      Waktu rasmi persekolahan murid adalah seperti dalam jadual
                          TINGKATAN                 HARI                       MASA BALIK
                      1, 2, 3, 4 & 5           Isnin, Selasa &    7.30 - 1.20 petang
                                                   Khamis
                      4A, 4B, 5A & 5B           Isnin & Selasa    7.30 - 1.50 petang
                      1, 2, 3, 4 & 5                Rabu          PdPc: 7.30 - 1.20 petang
                                                                  Aktiviti Kokurikulum: 2.00 – 4.30 petang
                      1, 2, 3, 4 & 5               Jumaat         7.30 - 12.20 tgh

           3   WAKTU BERTUGAS
               3.1  Waktu bertugas rasmi guru-guru:
                      Isnin – Khamis: 7:20 pagi - 1:50 petang
                      Rabu (Kokurikulum): 2:00 petang – 4.30 petang
                     Jumaat : 7:20 pagi -12:30 tgh
                     AKP: Mengikut Waktu Bekerja Fleksi (WBF) yang dipilih.

               3.2  Sistem Kad Perakam Waktu (KPW).
                     3.2.1  Semua guru/AKP wajib merakam waktu hadir dan balik dengan mengetik KPW.
                     3.2.2 Tidak  boleh menolong  mengetikkan  KPW orang lain  dan  amaran  sewajarnya
                              akan tertulis pada KPW.
                     3.2.3 Jika  seseorang  guru / AKP masuk  atau  keluar  pejabat  tidak mengikut waktu
                              biasa , catatan ringkas  perlu  ditulis dan dapatkan   tandatangan  Pengetua atau
                              PKP sebagai pengesahan kebenaran.
                     3.2.4 Semua warga guru/AKP wajib memahami dan mematuhi Surat Pekeliling Am Bil.
                              11 Tahun 1981, Sistem  Penggunaan  Kad Perakam Waktu  (Punch  Card)  agar
                              warna   KPW   tidak  ditukar  kepada  hijau  ,   merah   atau  dikenakan
                              tindakan tatatertib mengikut Perintah Am Bab "D"
                                                        9
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17