Page 15 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 15
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 202
8 URUSAN DENGAN PPD/JPN/KPM
8.1 Guru dan AKP yang perlu berurusan dengan pihak PPD/JPN/KPM hendaklah dalam
pengetahuan dan dengan kebenaran Pengetua/PK.
8.2 Guru dan AKP hendaklah sentiasa menjaga imej sekolah dan profesion masing-
masing dalam apa-apa jua urusan di peringkat PPD/JPN/KPM.
9 PROGRAM RASMI SEKOLAH
9.1 Semua guru wajib hadir dalam setiap program rasmi sekolah seperti yang terdapat
dalam takwim.
9.2 Guru-guru perlu menandatangani kehadiran pada Rekod Kehadiran program yang
disediakan.
9.3 Jika tidak dapat hadir ke sebarang program sekolah, surat permohonan hendaklah
dikemukakan sendiri kepada Pengetua sebelum program tersebut berlangsung.
Lampirkan dokumen berkaitan ketidakhadiran.
10 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)
10.1 Murid-murid berhak mendapat apa-apa yang sepatutnya dipelajari dalam kelas.
Oleh itu guru bertanggungjawab memastikan PdPc dilaksanakan dengan
berkesan.
10.2 Menepati masa ke kelas amat dituntut kerana masa PdPc adalah hak murid-murid.
10.3 Sekiranya guru tiada di sekolah kerana berkursus / cuti rehat / menghadiri
mesyuarat / menjalankan tugas di luar, guru perlu menyediakan bahan untuk kelas
berkenaan untuk diambil alih oleh guru ganti
10.4 Guru bertanggungjawab menggantikan kelas yang ditinggalkan dan menghabiskan
sukatan pelajaran yang ditetapkan.
10.5 Guru perlu melindungi masa instruksional - pastikan guru-guru membuat
persediaan sebelum masuk ke kelas. Kepentingan murid perlu diutamakan
11 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
11.1 Perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama
persekolahan adalah satu majlis rasmi.
11.2 Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan
memberi perhatian kepada pengumuman atau aktiviti yang dibuat serta
mengambil tindakan yang sesuai. Guru-guru dan murid-murid dilarang
bercakap sesama sendiri atau membuat kerja-kerja lain semasa perhimpunan.
Kehadiran guru di perhimpunan akan direkodkan.
11.3 Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki
memakai tali leher) semasa perhimpunan sekolah.
11.4 Guru Tingkatan, Guru Bertugas dan Guru Disiplin bertanggungjawab menentukan
setiap murid mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut kelas
dengan penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap.
11.5 Guru Bertugas Mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan
berjalan dengan lancar mengikut aturcara seperti di bawah. Juruacara majlis
digalakkan terdiri daripada pengawas.
11.6 Aturcara Perhimpunan:- (Rujuk Tatacara pentadbiran Perhimpunan)
i. Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid).
ii. Nyanyian lagu Kebangsaan (Jalur Gemilang dinaikkan) dan lagu Negeri
Selangor.
iii. Ikrar Rukunegara / Ikrar Keselamatan dan Ikrar Murid
iv. Laporan dan pengumuman guru bertugas.
iv. Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya ada).
v. Majlis atau Penyampaian sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada).
vi. Ucapan Pengetua / Pen. Kanan.
vii. Lagu Sekolah
12

