Page 16 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 16

SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
                                                                      BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM  202

           12.  WAKTU PEMBELAJARAN dan PEMUDAHCARAAN (PdPc)
                12.1    Guru masa pertama hendaklah masuk ke kelas bersama-sama murid dan pastikan
                        kelas  berada  dalam  keadaan  bersih,  teratur  dan  kondusif,  bilangan  murid  akur
                        dengan kehadiran murid dan dicatatkan dalam Buku Kawalan Kelas (BKK) sebelum
                        PdPc dmulakan.
                12.2    Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
                12.3    Guru  dilarang  meninggalkan  kelas  untuk  apa-apa  tujuari  kecuali  kes-kes
                        kecemasan dan perlu maklumkan Pengetua/PK/GKMP yang berkenaan
                12.4    Guru  yang  berkesan  adalah  guru  yang  membuat  persediaan  untuk  menjalankan
                        PdPc selepas memastikan kelas dalam keadaan bersih dan selesa.

           13  FAIL/BUKU REKOD MENGAJAR (BRM)
                13.1    Fail/Buku  Rekod  Mengajar  (BRM)  adalah  dokumen  rasmi  dan  harta  kerajaan.
                        Semua butir hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
                13.2    Fail/  BRM  ini  hendaklah  diserahkan  kepada  Pengetua  /  Penolong  Kanan/  Guru
                        Kanan  Mata  Pelajaran  (GKMP)  pada  setiap  minggu  untuk  disemak  dan
                        ditandatangani.
                13.3    Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu : Sukatan
                        Pelajaran,  Rancangan  Pengajaran  Harian  (RPH),  Jadual  Waktu  Kelas  dan
                        Persendirian,  Senarai  Buku  Rujukan,  Biodata  Diri,  Senarai  Nama  Murid,  Markah
                        Ujian,  TOV  dan  ETR  murid  dan  maklumat-maklumat  lain  di  ruangan  yang
                        disediakan
                13.4    Semua  guru  wajib  membaca  dan  memahami  pekeliling  yang  disertakan  dalam
                        Fail/BRM dan menurunkan tandatangan ringkas tanda telah dibaca.
                13.5    GKMP  akan  menyemak  RPH  dan  Sukatan  Pelajaran  Tahunan  (RPT)  dalam
                        Fail/BRM.
                13.6    Format terkini KSSM hendaklah digunakan urituk menyediakan RPH.
                13.7    Guru  yang  ditugaskan  menjadi  guru  ganti  perlu  mencatat  di  dalam  Fail/BRM
                        perkara berikut:
                        i.     Mata pelajaran yang diganti.
                        ii.    Tingkatan.
                        iii.   Masa.
                13.8    Semua  guru WAJIB menghantar  Fail/BRM  untuk  disemak  pada  hari  Jumaat  oleh
                        pentadbir TANPA GAGAL
                13.9    Jika  seseorang  guru  bercuti,  Fail/BRM  tersebut  hendaklah  diserahkan  kepada
                        Penolong Kanan, untuk urusan guru pengganti.
                13.10  Fail/BRM  hendaklah  diserahkan  ke  pejabat  sekolah  pada  hari  terakhir  tahun
                        Persekolahan.
                13.11  Laporkan kepada polis jika Fail/BRM hilang.

           14  JADUAL WAKTU MENGAJAR
                14.1    Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
                14.2    Guru  tidak  dibenarkan  mengubahkan  jadual  waktu  yang  telah  ditetap  tanpa
                        kebenaran.
                14.3    Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu  persendirian
                        guru untuk dipamerkan di bilik guru  dan pejabat sekolah
                14.4    Satu set jadual waktu lengkap diserah kepada Pengetua / Pen. Kanan Pentadbiran.

           15  BUKU LATIHAN / NOTA MURID / BUKU KERJA MURID
                15.1    Buku-buku nota/latihan murid hendaklah sentiasa disemak dengan teliti dan
                        dikembalikan kepada murid
                15.2    Guru  perlu  menurunkan  tandatangan ringkas  dan  tarikh  di  dalam  buku/nota  yang
                        telah disemak.
                15.3    Pentadbir sekolah akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.

                                                       13
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21