Page 13 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 13
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 202
3.3 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum/kelas tambahan perlu juga merakam
kehadiran dengan mengetikkan KPW.
4 TIDAK HADIR BERTUGAS
4.1 Semua guru/AKP wajib memohon kebenaran untuk bercuti dan mengisi maklumat
cuti dalam HRMIS online selepas mendapatkan kelulusan daripada pengetua.
4.2 Penyerahan sijil cuti sakit/bukti tidak dapat hadir kepada Pengetua/PK Pentadbiran
keesokannya untuk direkodkan.
4.3 Guru perlu memaklumkan kepada PK Pentadbiran atau GKMP sekiranya mereka
tidak dapat hadir bertugas. Hal ini penting bagi tujuan penyediaan guru ganti.
5 PANDUAN CUTI
5.1 Guru - Cuti Rehat Khas (CRK)
5.1.1 Cuti Rehat Khas 10 hari setahun (SPI 8/2017)
5.1.2 CRK layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Pengetua
5.1.3 Kelulusan permohonan dipertimbangkan dengan syarat tidak menjejaskan
tugas dan perjalanan sekolah. CRK diberikan bagi tujuan-tujuan berikut:
i. Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau
meninggal dunia;
ii. Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
iii. Menghadiri upacara keagamaan;
iv. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti
kebakaran, banjir dan sebagainya;
v. Menghadiri majlis konvokesyen bagi guru atau ahli keluarga;
vi. Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di
luar negara);
vii. Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
viii. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
ix. Perkahwinan guru atau anak guru tesebut.
5.1.4 CRK mesti dipohon daripada Pengetua sahaja dengan berjumpa secara
peribadi.
5.1.5 Kes kecemasan ( kemalangan , kematian atau musibah yang tidak dijangka)
perlu dimaklumkan melalui telefon dan perlu mengisi borang sebaik sahaja
kembali bertugas.
5.1.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal (3 hari) sebelum , kecuali kes-kes
kecemasan.
5.1.6 Guru perlu mengisi permohonan secara atas talian dalam sistem HRMIS.
Tuliskan sebab-sebab bercuti
5.2 Cuti Penggal Persekolahan.
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046 SJ/A(30)bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal persekolahan untuk
menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-
tugas selain mengajar biasa.(Perintah Am 50(a)Bab C)
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau Kuasa
tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai
perubatan atau oleh Lembaga Perubatan (Bab F) atau ahli Panel Doktor
sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.Pengesahan itu
hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti dalam Perintah Am 1(xi). Cuti
Sakit perlu diserahkan segera kepada Pengetua setelah hadir ke sekolah.
5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun. Selepas 15 hari, sijil sakit perlu disahkan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan
10

