Page 17 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 17

SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
                                                                      BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM  202


           16  WAKTU TIDAK MENGAJAR
                        Pekeliling  Ikhtisas  bil.  3/1981  menjelaskan  bahawa  non  teaching  period  adalah
                        waktu bekerja. Oleh itu guru  dikehendaki menggunakan masa ini untuk:
                         •  Menggantikan guru yang tidak hadir
                         •  Membuat  persediaan-persediaan  untuk  mengajar  seperti  membaca  buku,
                            membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya.
                         •  Memeriksa buku latihan murid-murid.
                         •  Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
                         •  Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
                         •  Perbincang secara profesional dengan rakan sejawat mengenai masalah murid,
                            perancangan PdPc, masalah akademik, panitia dan kokurikulum
                         •  Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua

           17  GURU GANTI (RELIEF)
                17.1    Jadual  guru  ganti  adalah  tanggungjawab  bersama,  terima  dengan  penuh
                        tanggungjawab dan rasa setiakawan
                17.2    Guru Ganti MESTI MASUK KELAS dan melaksanakan PdPc menggunakan bahan
                        mengikut MMI.
                17.3    Guru Ganti perlu merekodkan perkara 13.7 di dalam BRM.

           18  TUGAS MENGAWAS PEPERIKSAAN AWAM
                18.1    Tugas mengawas peperiksaan awam adalah tangungjawab semua guru.
                18.2    Tidak boleh dikecualikan kecuali guru sarat mengandung, sakit yang serius atau
                        sedang berkursus.
                18.3    Guru yang telah dilantik sebagai pengawas peperiksaan awam tidak boleh bercuti.
                18.4    Guru  mesti  melaksanakan  tugas  pengawasan  dengan  penuh  etika  dan
                        tanggungjawab

           19  KEGIATAN KOKURIKULUM
                19.1    Semua guru akan ditugaskan menjadi Guru Penasihat Unit-Unit Kokurikulum. Tugas
                        ini hendaklah dijalankan dengan cekap.
                19.2    Guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan memantau murid melaksanakan aktiviti
                        kokurikulum.
                19.3    Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum ditulis oleh murid dan
                        mengesahkan laporan tersebut.
                19.4    Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk
                        disemak dan disimpan dalam bilik PK Kokurikulum.

           20  SURAT/ PEKELILING/ BORANG UNTUK TINDAKAN
                20.1    Guru perlu bertindak dengan segera apabila diminitkan untuk tindakan.
                20.2    Guru perlu berbincang dengan PK/GKMP untuk mendapatkan maklumat lengkap
                20.3    Semua borang perlu bertaip dan perlu disediakan surat iringan.
                20.4    Tindakan  perlu  selesai  sebelum  tarikh  akhir  dan  elakkan  menerima  panggilan
                        daripada pihak berkenaan.









                                                       14
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22