Page 14 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 14

SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
                                                                      BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM  202

                      5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada  berterusan atau putus-putus
                               akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

               5.4    Cuti Ke Luar Negara.
                      Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sekiranya ingin bercuti ke
                      luar negara sama ada ketika cuti sekolah atau cuti penggal persekolahan. Sila isikan
                      borang  permohonan  yang  ada  di  pejabat  sekolah  selewat-lewatnya  5  minggu
                      sebelum tarikh bercuti.

               5.5    Cuti Tanpa Rekod.
                      5.5.1 [Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9
                              Tahun 1991
                      5.5.2 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
                               Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat seperti suami
                               atau isteri, anak-anak, ibu atau bapa kandung serta ibu atau bapa mentua. Cuti
                               yang diberikan selama 3 hari. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan
                               am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
                      5.5.3 Cuti Khas Isteri Bersalin.
                               Diberikan selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
                               awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am.
                               Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk kepada kepentingan
                               perkhidmatan.

               5.6    Cuti Tanpa Gaji./Cuti Separuh gaji
                      Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009

            6  KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH/ URUSAN PERIBADI
               6.1    Guru  dan  AKP 'TIDAK BOLEH'  keluar/meninggalkan  kawasan  sekolah atas  urusan
                      peribadi.
               6.2    Kebenaran perlu diperoleh daripada Pengetua/PK bertanggungjawab dan dibenarkan
                      untuk kes-kes kecemasan seperti menziarah jenazah keluarga terdekat, mesyuarat,
                      kursus atau seumpam.
               6.3    Tulis  sebab  keluar  dalam  Kad  keluar,  rakamkan  waktu  keluar/  masuk  dengan
                      mengetik  KPW.  Isi  borang  kebenaran  keluar  untuk  diserahkan  kepada  Pengawal
                      Keselamatan semasa keluar sekolah.
               6.4    Guru  dan  AKP  tidak  boleh  keluar  dari  kawasan  untuk  apa-apa  urusan  TANPA
                      KEBENARAN.

            7  MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, SEMINAR, BENGKEL
               7.1    Guru yang berkenaan wajib hadir apabila diarahkan, misalnya menghadiri mesyuarat,
                      kursus  atau  yang  seumpamanya  di  Jabatan  Pelajaran  atau  di  sekolah-sekolah  lain
                      Guru  yang  ditugaskan  tidak  boleh  mengarahkan  guru  lain  melaksanakannya.
                      Penggantian hanya dengan arahan Pengetua.
               7.2    Guru  berkenaan  perlu  menyediakan  MlNIT  CURAI  dan  serahkan  kepada  PK
                      berkenaan  dalam  tempoh  tiga  hari  bekerja.  Maklumat  dalam  minit  curai  tersebut
                      hendaklah dilaporkan kepada Pengetua / PK / GKMP yang berkenaan.
               7.3    Guru berkenaan perlu mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru lain mengikut
                      keperluan. Maklumkan Pengetua / PK tarikh dan masa pelaksanaannya.
               7.4    Dokumen  yang  diperoleh  semasa  taklimat  hendaklah  diserahkan  kepada  pihak
                      sekolah untuk direkodkan dan diambil tindakan selanjutnya.
               7.5    Guru  yang melakukan  tugas rasmi  di  luar,  hendaklah  menyediakan  bahan  tugasan
                      untuk murid dan diserahkan kepada GKMP untuk digunakan oleh guru relief.
               7.6    Guru-guru/  PK/  GKMP  yang  mendapat  surat  arahan  menghadiri  kursus  atau  yang
                      seumpamanya  daripada  JPN/  PPD/  KPM  mesti  memaklumkan  Pengetua  terlebih
                      dahulu.
                                                       11
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19