Page 21 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 21

SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
                                                                      BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM  202



              33.4    Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima, rekodkan No. Daftar
                      Stok  dan  serahkan  dengan  segera  ke  pejabat  sekolah.  Barang  yang  diterima
                      hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
              33.5    Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit perlu kebenaran pengetua dan tidak
                      boleh melebihi nilai RM 100.00 untuk tuntutan semula.
              33.6    Ketua  Panitia  atau  ketua  unit  bertanggungjawab  menguruskan  buku  stok/inventori
                      dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
                      sentiasa  dikemas  kini.  (Setiap  pembelian  dan  keluarmasuk  barang  hendaklah
                      direkodkan dengan serta merta).
              33.7    Guru  Kanan  Mata  Pelajaran/Ketua  Pembantu  Tadbir  akan  menyemak  buku  stok
                      inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun
                      untuk disahkan oleh Penolong Kanan / Pengetua.


         34  KERJA LUAR
              34.1    Penjawat  awam  tidak  dibenarkan  melakukan  kerja  luar  seperti  berniaga,
                      ceramah/pendakwah bebas kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab 'D' seperti
                      berikut:
                      i.    Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
                      ii.   Tidak dilakukan semasa waktu pejabat.
                      iii.  Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam.
                      iv. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
                      jabatan.
              34.2    Berhubung  dengan  menjalarikan  tuisyen  di  rumah,  guru-guru  diingatkan  bahawa
                      tindakan  tersebut  adalah  melanggar  Akta  Perididikan  1996  (Akta  550)subseksyen
                      79(e) dan subseksyen 132 ( g ) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 (
                      Ringgit  Malaysia  :  Lima  Puluh  Ribu  )  atau  lima  tahun  penjara  atau  kedua-duanya
                      sekali.

         35  PEKELILING IKHTISAS / PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN /
              PERINTAH AM PEGAWAI AWAM
              35.1    Setiap  pekeliling  dan  arahan  yang  dikeluarkan  oleh  Pengetua  hendaklah  dibaca
                      dengan teliti dan dipatuhi serta diambil tindakan.
              35.2    Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
                      35.2.1  Surat Bil. 2/196 ( Penggunaan waktu tidak mengajar)
                      35.2.2  Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) ( menyedia dan menghantar BRM)
                      35.2.3  Surat Bil 1 /1972 (Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah/ Pelajaran 1959)
                      35.2.4  Surat Bil. 5/1977 (Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah)
                      35.2.5  Surat Bil. 3 / 2005 (Cuti Rehat Khas)
                      35.2.6  Surat Bil. 6 /1985 ( Peraturan Pakaian Guru)
                      35.2.7  Surat Bil. 13/2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan boleh melaksanakan
                                  aktiviti hari Sabtu)
                      35.2.8 Cabutan Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib Bab D) Surat
                             Pekeliling  Am  Bil.  11  of  1981  (Sistem  Penggunaan  Kad  Perakam  Waktu
                             (Punch Card) Di Pejabat-Pejabat Kerajaan)
              35.3    3A. (1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-
                      Peraturan ini. (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh
                      seseorang  pegawai  boleh  menyebabkan  pegawai  dikenakan  tindakan  tatatertib  di
                      bawah Peraturan-Peraturan ini.




                                                       18
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26