Page 18 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 18
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 202
21 ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS
21.1 Semua guru dan AKP dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut Etika
Pemakaian Penjawat Awam.
21.2 Semua guru dan AKP perlu sentiasa memakai tanda nama.
21.3 Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995
21.4 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat, hendaklah pakaian waktu bekerja.
21.5 Semua guru digalakkan memakai seragam Unit Beruniform pada hari Rabu yang
melaksanakan aktiviti Unit uniform.
21.6 Semua guru dan AKP digalakkan berpakaian baju batik Malaysia pada hari Khamis
21.7 Guru-guru dan AKP hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai semasa aktiviti
luar bilik darjah seperti aktiviti sukan dan gotong royong Jeans adalah pakaian tidak
formal dan tidak dibenarkan.
22 KESELAMATAN MURID
22.1 Semua guru adalah guru disiplin dan quru bimbingan. Guru-guru hendaklah sentiasa
memberi bimbingan dan mengamalkan budaya penyayang.
22.2 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu
berada di dalam sekolah.
22.3 Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkannya
kepada Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada
murid berkenaan.
22.4 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi
22.5 Program Latihan Kebakaran/ Fire Drill wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun
sekali.
22.6 Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum,
hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan perlu mematuhi semua
prosedur yang telah ditetapkan. Guru penasihat berkenaan hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program berkenaan.
23 HUBUNGAN SESAMA GURU DAN AKP
23.1 Guru dan AKP sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik
dan sihat sepanjang masa demi mewujudkan iklim kerja yang harmoni di samping
mengukuhkan ukhuwah sesama rakan sekerja.
23.2 Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman
/ pendapat / kepercayaan mereka kepada sesama rakan ataupun murid sekolah ini.
23.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosioekonomi, status akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.
24 KEAHLIAN BKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru
manakala semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.
25 BILIK GURU/ BILIK REHAT GURU
25.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid.
25.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap 'non-teaching period dan bukannya free period'. Oleh itu guru
hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan PdPc atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
25.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di premis
sekolah.
25.4 Sebarang jamuan / pot luck dipanjangkan kepada pengusaha kantin.
25.5 Murid tidak dibenarkan keluar masuk atau berada di bilik guru tanpa urusan.
25.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang dengan guru
15

