Page 20 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 20

SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
                                                                      BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM  202



         29  KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
              29.1    Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
                      sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
                      atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada PK HEM.
              29.2    Ketua  Panitia/GKMP  hendaklah  memastikan  ada  peraturan-peraturan  mengenai
                      penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
              29.3    Semua bilik perlu mempamerkan inventori yang ada.

         30  KEBERSIHAN
              30.1    Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
                      pelajar  hendaklah  disediakan  oleh  guru  tingkatan  untuk  tingkatan  masing-masing.
                      Peralatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan
                      dengan baik.
              30.2    GKMP/Ketua  Panitia  dan  guru  lain  yang  mempunyai  bilik  khas  (bengkel,  bilik
                      Kaunseling,  makmal  sains,  makmal  bahasa  dll)  bertanggungjawab  untuk
                      menyelaras/menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
              30.3    Semua guru dan AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan
                      sekolah.

         31  SURAT-MENYURAT
              31.1    Surat Keluar
                      31.1.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah
                                 ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak
                                 berkenaan.
                      31.1.2 Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan.

              31.2    Surat Yang Diterima
                      31.2.1 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil
                                 tindakan. Oleh itu, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-
                                 surat tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan.
                      31.2.3 Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui dan
                                 kepada”. Oleh itu, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
                      31.2.3 Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat / taklimat luar
                                 perlu dicatat dalam buku penerimaan pejabat untuk disampaikan kepada guru
                                 yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

         32  PELAWAT/JURUJUAL
                      Semua pelawat mesti berjumpa dengan Pengetua/PK Pentadbiran terlebih  dahulu.
                      Guru  tidak  dibenarkan  berbincang  dengan  wakil-wakil  firma  atau  jurujual  kecuali
                      dengan kebenaran Pengetua.

         33  PERATURAN PEMBELIAN BARANG
              33.1    Guru/AKP yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu
                      dengan mengemukakan nota minta/borang pesanan dalaman yang boleh didapati di
                      pejabat sekolah untuk ditandatangarii oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong
                      Kanan  berkaitan  sebelum  diluluskan  oleh  Pengetua.  Guru-guru  /  AKP  tidak  boleh
                      membuat pesanan sendiri dengan sesebuah syarikat tanpa melalui Penolong Kanan/
                      GKMP  Penolong  Kanan/GKMP  wajib  mendapat  sebut  harga  untuk  pembelian
                      sesuatu barang yang harganya lebih daripada RM 500.00 untuk 1 unit.
              33.2    Pembelian  barang  melalui  koperasi  hendaklah  menggunakan  borang  permohonan
                      yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua.
              33.3    Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order / LO).

                                                       17
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25