Page 2 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 2
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan izin-Nya kita semua dapat hadir dalam majlis penutupan Program e-
Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa (INO-B) Sekolah Rendah Peringkat
Kebangsaan 2020 pada hari ini.
Saya juga dengan berbesar hati ingin menzahirkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berbahagia Dr. Rusmini Binti Ku Ahmad, Rektor Institut
Pendidikan Guru Malaysia kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis
penutupan Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa Sekolah Rendah
2020 peringkat kebangsaan pada hari ini.
Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa Sekolah Rendah 2020
anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini adalah bertujuan untuk memupuk
budaya penghasilan produk yang bersifat kreatif dan inovatif. Justeru penghasilan
produk tersebut dapat meningkatkankan keberkesanan pembelajaran bahasa dalam
kalangan murid sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara.
Pada bulan Disember 2019, kita digemparkan dengan penularan wabak Covid-
19 di negara kita dan di seluruh pelosok dunia. Wabak ini secara langsung telah
memberi kesan negatif, bukan sahaja kepada kesihatan awam dan ekonomi negara,
tetapi juga memaksa masyarakat dunia dan kita di Malaysia untuk mengamalkan
pelbagai norma baharu dalam aktiviti harian. Sekolah bercuti, guru dan murid tidak
lagi berjumpa secara bersemuka dan pelbagai cara pembelajaran telah dilaksanakan
bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan. Namun ini tidak
bermakna kita tidak boleh melaksanakan program-program yang boleh membantu
meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid sekolah.
Justeru, salah satu tujuan penganjuran program ini adalah untuk
mengembangkan potensi dan kompeten warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
dalam memastikan pengurusan dan penganjuran e-pertandingan inovasi
pembelajaran bahasa peringkat kebangsaan di norma baharu ini dapat dicapai
dengan jayanya. Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Unit
Pengajian Cina, Jabatan Bahasa dan ahli jawatankuasa program kerana berjaya
menggerakkan program ini.

