Page 3 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 3

Unit  Pengajian  Cina,  Jabatan  Bahasa  IPG  Kampus  Ipoh  sememangnya
               perihatin  tentang  kepentingan  inovasi  dalam  kalangan  murid-murid  sekolah.
               Keperihatinan  ini  direalisasikan  melalui  penganjuran  program  seperti  ini  yang
               merupakan  satu  platform  dalam  talian  bagi murid  mempertandingkan  hasil  produk
               inovasi pembelajaran bahasa mereka. Dewasa ini kreativiti dan inovasi amat dituntut
               untuk melahirkan generasi berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini. Selaras
               dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan dan mengamalkan inovasi di setiap
               lapisan masyarakat, usaha berterusan perlu diambil untuk menanam, membaja dan
               menyiram minat dan rasa suka terhadap bahasa dan inovasi menerusi pembelajaran
               di sekolah yang mana ia bakal memberi impak yang besar dengan melahirkan pelajar
               atau tenaga kerja yang mahir, kreatif dan inovatif dan bakal menyumbang kepada
               kemajuan negara.

                       Sasaran  e-pertandingan    Inovasi  Pembelajaran  Bahasa  2020  peringkat
               kebangsaan ini adalah dalam kalangan murid sekolah rendah di seluruh negara serta
               dikategorikan  kepada  empat  bahasa  iaitu  Bahasa  Melayu,  Bahasa  Cina,  Bahasa
               Tamil dan Bahasa Inggeris . Sebanyak 176 penyertaaan yang telah diterima iaitu  69
               penyertaaan dalam kategori Bahasa Melayu, 54 penyertaan dalam kategori Bahasa
               Inggeris, 30 penyertaan dalam Bahasa Tamil dan 24 penyertaan dalam Bahasa Cina
               dapat memantapkan budaya inovasi pembelajaran bahasa dalam kalangan sekolah
               rendah pelbagai aliran di seluruh negara. Penglibatan peserta dari 148 buah sekolah,
               iaitu 73 Sekolah Kebangsaan, 52 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan 23 dari
               Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Cina  telah  berjaya  menampilkan  produk  yang  dapat
               meningkatkan  keberkesanan  pembelajaran  bahasa  dalam  kalangan  murid  sekolah
               rendah  daripada  pelbagai  aliran.  Saya  mengucapkan  tahniah  dan  syabas  kepada
               semua peserta serta para pendidik yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan
               program ini.

                       Sebelum  saya  mengakhiri  ucapan  ini,  saya  sekali  lagi  ingin  mengingatkan
               seluruh  warga  pendidik  dan  pelajar  agar  tidak  jemu  untuk  terus  berinovasi  dan
               mencari  idea-idea  baru  dalam  menyampaikan  produk  yang  bermutu  dan  boleh  di
               gunapakai  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  bahasa.  Saya  amat  berbangga  di
               atas  komitmen  yang  ditunjukkan  oleh  semua  peserta  dalam  meningkat  kualiti
               pendidikan  menerusi inovasi-inovasi yang dilaksanakan.

               Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmtullahiwabarakatuh.


               Dr. YAHYA BIN OSMAN
               PENGARAH
               INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
   1   2   3   4   5   6   7   8