Page 5 - BP Final 24122020 to Timbalan
P. 5
Pertandingan yang diadakan ini merupakan mekanisme untuk menggalakkan
setiap warga sekolah memberikan dan berkongsi idea-idea kreatif selain bernas
dalam memudah cara tugas-tugas seharian supaya lebih efisien dan efektif. Cetusan
idea yang baik tidak semestinya datang daripada pihak pengurusan sahaja, malah
daripada siapa sahaja. Setiap warga sekolah mempunyai peranan untuk
menyumbang idea yang terbaik. Malah daripada sesiapa sahaja yang mampu
menyumbang kepada penambahbaikan. Inovasi tidak semestinya mencipta sesuatu
yang baharu. Sebaliknya, inovasi mungkin menghapuskan perkara yang lama, yang
sepatutnya luput, tetapi masih juga dilakukan.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pihak terutama Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang telah menjayakan
Program e-Pertandingan Inovasi Pembelajaran Bahasa (INO-B) Sekolah Rendah
Peringkat Kebangsaan 2020 ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat
memastikan warga sekolah terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan
bagi membolehkan anak didik kita mendapat manafaatnya. Sama-samalah kita
berdoa agar setiap usaha yang kita rencanakan ini memenuhi agenda yang
dihasratkan dalam usaha menjayakan impian Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia supaya pendidikan mampu menjadi pencetus kreativiti dan penjana inovasi
bagi melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk
bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi
keseluruhannya.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmtullahiwabarokatuh
DATO’ MOHD JAMIL BIN MOHAMED
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

