Page 49 - Majalah Al-Ulum Edisi Perdana
P. 49
Kesimpulan
Kedatangan ramadan pada kali ini perlu dipenuhi
dengan amalan-amalan yang berfaedah dan boleh
memberi keuntungan kepada setiap individu. Bulan
ramadan adalah merupakan satu proses kepada
setiap individu muslim untuk bermuhasabah dan
bermujahadah untuk melawan hawa nafsu sebagai
latihan untuk mendekat diri kepada Allah s.w.t.
Ramadan al-Karim juga merupakan satu sekolah
untuk mendidik dan mencanai jiwa kita untuk
mengenali diri dan meleburkan keegoan yang telah
lama bersarang dan terpahat dalam hati sanubari. Bulan
ramadan bukanlah satu bulan untuk kita bersuka ria
dan berpesta dengan variasi makanan yang pelbagai
untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. Sebaliknya,
Ramadan menuntut kita untuk kembali kepada fitrah
dan mengakui bahawa kita adalah hamba dan Allah
adalah tuan Rabb al-Jalil.
Namun begitu, kebimbangan terhadap amalan
berpuasa ini juga timbul sekiranya umat Islam
terpengaruh dengan stigma bulan ramadan sebagai
acara ibadah tahunan. Keghairahan masyarakat Islam
dilihat lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadah,
berinfaq, memberi makan kepada anak-anak yatim
dan faqir miskin dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, apabila berlalunya ramadan,
masjid pun menjadi sepi, sifat individualistik semakin
menjadi, fitnah, umpat mengumpat menjadi sajian
utama setiap hari. Umat Islam mula alpa dengan
nilai-nilai agama dan pesan-pesan nabi. Sehinggakan
apabila ramadan mula jauh meninggal kita sedikitpun
tidak meninggalkan kesan daripada latihan yang
dilalui melalui madrasah ramadan.
Bila melihat alam yang indah ini,
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.
(QS. Al Baqarah 2:216)
47

