Page 82 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 82

UNIT KANTIN

               Tanggungjawab:
               Membantu pengetua dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungjawab memastikan:
                   •  Kebersihan, kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin.
                   •  Bermesyuarat berkenaan dengan kontrak /tender kantin.
                   •  Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dijual.
                   •  Harga berdasarkan perjanjian.
                   •  Keselamatan kantin di sekolah.
                   •  Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan.
                   •  Menyediakan laporan harian kantin.
                   •  Murid sentiasa bersopan santun mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin.
                   •  Makanan dan minuman yang dijual mencukupi.
                   •  Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien.
                   •  Memastikan kebajikan guru dan murid di kantin diutamakan.
                   •  Mengadakan aktiviti-aktiviti yang mengarahkan kepada kantin bermaklumat.
                      Alat:   i) Buku log kantin-laporan/aduan/buku laporan kendiri kantin
                              ii) Laporan khas


                                   RUMUSAN UMUM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                   •  Pengurusan kelas : Guru kelas menjalankan lantikan AJK Kelas pada minggu pertama tahun
                      berkenaan.  Jadikan  kelas  sentiasa  bermaklumat,  kemas  dan  bersih.  Lengkapkan  Buku
                      Kedatangan Murid dengan nama, alamat, telefon ibu bapa/penjaga dan nombor pendaftaran
                      murid. Edarkan segera Jadual Waktu. Labelkan kelas dan hias kelas. Pastikan setiap murid
                      mempunyai 1 meja dan 1 kerusi di dalam kelas.
                   •  Motivasi di dalam P&P : Berikan motivasi dan pembersihan kelas 5 minit sebelum P&P.Guru
                      yang tidak mahu menegur kesalahan murid dianggap tidak menjalankan tugas dengan baik.
                   •  Semua guru  bertanggungjawab menjaga  dan  menjamin keselamatan  murid  ketika berada  di
                      sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
                   •  Guru  dikehendaki  berada  dalam  bilik  guru  5  minit  sebelum  waktu  belajar  bermula  dan
                      menandatangani Buku Kehadiran semasa datang dan sewaktu balik.
                   •  Buku Kedatangan dan Pendaftaran Murid:
                           o  Setiap guru kelas akan diberi sebuah buku kedatangan dan pendaftaran murid. Guru
                              bertanggungjawab  akan  memasukkan  maklumat-maklumat  yang  diperlukan  dan
                              hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak
                              dibahagian dalam kulit hadapan. Pastikan semua butir adalah betul dan dikemaskini.
                           o  Jadual Kedatangan Murid hendaklah ditulis secara teratur, kemas, dan ditandai pada
                              setiap hari oleh guru tingkatan seboleh-bolehnya pada waktu pertama. Sekiranya guru
                              tingkatan tidak hadir, penolong guru tingkatan bertanggungjawab menandainya.
                           o  Buku  ini  hendaklah  sentiasa  berada  di  pejabat.  Guru  tidak  dibenarkan  membawa
                              balik Buku Jadual Kedatangan Murid.
                           o  Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam  satu
                              minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara telefon diikuti dengan surat.
                           o  Analisis mesti dibuat pada setiap hujung bulan dan akan dihantar ke pejabat untuk
                              disemak dan urusan pentadbiran.
                   •  Keselamatan Harta Benda Sekolah:
                           o  Semua  guru  dikehendaki  memberi  kerjasama  sepenuhnya    dalam    menjaga
                              keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama
                              ada  dengan  sengaja  atau  tidak  sengaja  hendaklah  dibawa  ke  pengetahuan  pihak
                              sekolah.










                                                                                                                53
                                                           82
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87