Page 80 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 80

UNIT KEBAJIKAN

               Tanggungjawab:
                   •  Mengadakan kursus pengurusan wang.
                   •  Mengenalpasti calon yang layak menerima hadiah biasiswa.
                   •  Menyemak prestasi pemegang biaiswa dan menghantar laporan kepada GPK HEM.
                   •  Memberitahu ibu bapa/penjaga murid yang mendapat biasiswa.
                   •  Menghantar surat amaran kepada ibu bapa/penjaga bagi pemegang biasiswa yang prestasinya
                      merosot.
                   •  Memastikan penerima hadiah biasiswa mempunyai motivasi tinggi untuk berjaya dalam
                      akademiknya dengan mengadakan dan memberikan kursus dan input yang berkesan.
                   •  Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
                   •  Memastikan semua buku akaun disimpan di pejabat sekolah.
                   •  Meastikan semua dokumen disimpan dengan selamat.
                   •  Memastikan mempunyai rekod dan maklumat setiap murid yang mencarum Insuran Takaful.
                   •  Memastikan mempunyai rekod dan maklumat setiap murid miskin, anak yatim, kemalangan
                      dan murid yang memerlukan bantuan.
                   •  Merancang program untuk mendapatkan dana.
                   •  Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang disahkan oleh pengetua.
                   •  Menubuhkan tabung kebajikan murid.
                   •  Pengagihan bantuan mengikut kadar keperluan.
                   •  Mengurus bilik kebajikan murid.

                                                          UNIT SPBT

               Tanggungjawab:
                   •  Hadir taklimat/kursus berkaitan dengan pelaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah.
                   •  Memastikan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan benar.
                   •  Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani invois/SAP
                      atau nota serahan seperti yang diarahkan oleh pengetua.
                   •  Memastikan buku teks SPBT dicop, direkod, dalam buku stok dan disimpan dengan baik.
                   •  Memastikan buku stok SPBT dikemaskini dari semasa ke semasa.
                   •  Melaporkan kepada PPD tentang kelebihan/kekurangan buku teks di sekolah.
                   •  Memastikan semua murid mendapat pinjaman dan menerima buku teks sebelum hari
                      persekolahan bermula.
                   •  Menjalankan pemeriksaan buku teks sama ada di tangan murid atau di dalam operasi SPBT.
                   •  Melaporkan kepada pengetua sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT.
                   •  Membuat tindakan susulan terhadap teguran atau laporan berhubung dengan pelaksanaan dan
                      pengurusan SPBT.
                   •  Memastikan pelupusan buku teks dibuat dari masa ke semasa.
                   •  Memastikan rekod SISTEKS adalah lengkap.
                   •  Memastikan semua murid warganegara Malaysia mendapat bantuan buku teks.

                                 UNIT PENDAFTARAN MURID DAN PENGURUSAN KELAS

               Tanggungjawab:
                   •  Mengemaskini rekod enrolmen setiap hujung bulan.
                   •  Mengurus pendaftaran semula murid bagi tahun berikutnya dan mengurus pendaftaran
                      kemasukan baru murid tingkatan satu.
                   •  Mengemaskini rekod keluar dan masuk murid.
                   •  Menyediakan nombor bilangan daftar murid baru termasuk kemasukan baru murid tingkatan
                      satu.
                   •  Memastikan murid baru telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran (Buku Besar) oleh guru
                      tingkatan.




                                                                                                                51
                                                           80
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85