Page 83 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 83

•  Kebersihan:
                           o  Mulakan kelas dengan mengutamakan kebersihan kelas, kekemasan murid, kehadiran
                              (ponteng).
                           o  Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
                              hendaklah  disediakan  oleh  guru  kelas.  Alatan  membersihkan  kelas  hendaklah
                              disimpan dengan selamat.
                           o  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungajawab semua guru, staf sokongan dan
                              murid.
                   •  Disiplin Murid:
                           o  Semua  guru  hendaklah  bertanggungjawab  terhadap  disiplin  di  sekolah  dan  jangan
                              menolak tanggungjawab ini sebulat-bulatnya kepada Unit Disiplin.
                           o  Guru-guru bertanggungjawab mengisi SSDM dengan mengklik Amalam Baik Murid
                              pada tapak SSDM yang telah disediakan.
                           o  Kita  mestilah  bekerjasama  untuk menjamin suasana  pengajaran/pembelajaran  yang
                              baik wujud di sekolah.
                           o  Hukuman  dera  hanya  boleh  dilakukan  dengan  kelulusan  Pengetua.  Hukuman  dera
                              tidak boleh dikenakan ke atas murid-murid perempuan. Elakkan dari hukuman yang
                              tidak  berfaedah  dan  boleh  membawa  kesan  buruk  seperti  hukuman  berjemur  di
                              tengah  panas,  berdiri  di  atas  meja  atau  kerusi,  berlari  beberapa  pusingan  di  atas
                              padang dan sebagainya yang tidak berperikemanusiaan.
                           o  Buku  peraturan  murid  telah  dicetak  untuk  rujukan  guru  dan  murid.  Dari  masa  ke
                              semasa  penerangan  terhadapnya  boleh  dilakukan  semasa  pengajaran  Pendidikan
                              Moral / Islam dan mata pelajaran lain yang berkaitan.
                           o  Segala rekod disiplin murid perlu direkodkan dalam Buku Rekod Disiplin.
                   •  Tag Nama Murid:
                           o Tag nama murid bagi semua tingkatan mesti disediakan apabila sekolah dibuka. Sila
                              semak ejaan nama murid sebelum hantar senarai tersebut.
                   •  Tatacara Mengendalikan Pengiriman Surat Kes Disiplin:
                           o  Bagi Surat Biasa
                                  ▪  Sediakan surat dan sampul surat beralamat lengkap.
                                  ▪  Dapatkan setem dan serahkan untuk dipos.
                           o  Bagi Surat Berdaftar
                                  ▪  Sediakan surat dan sampul surat beralamat lengkap.
                                  ▪  Serahkan surat Tuntut bukti pengiriman dan simpan bukti tersebut.
                   •  Kad 001M dan Sistem Maklumat Murid (SMM)
                           o  Guru-guru tingkatan adalah bertanggungjawab mengisi semua butir data kad tersebut.
                              Bagi  murid-murid  yang  baru  masuk  sekolah,  sila  minta  mereka  mengisi  ruangan-
                              ruangan yang telah disediakan. Kad-kad ini adalah sulit dan jangan memberikannya
                              kepada  murid.  Jika  murid  pindah  kad  001Mnya  harus  diserahkan  kepada  murid
                              berkenaan untuk dibawa ke sekolah baru oleh guru kaunseling. Sila masukkan kad ini
                              dalam sarung surat sebelum diberi kepada murid.
                           o  Guru  tingkatan  bertanggngjawab  mengemaskini  data  murid  di  dalam  Modul
                              Pengurusan Murid (MPM) dalam pengkalan data APDM secara online. Setiap data
                              akan           digunakan          untuk          tujuan          permohonan
                              biasiswa/KWAPM/eKasih/EMK/PAJSK/Bantuan  Kewangan  dan  sebagainya  yang
                              berkaitan dengan permohonan online. Data ini boleh dicetak untuk kegunaan murid
                              yang akan berpindah ke sekolah lain.





















                                                                                                                54
                                                           83
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88