Page 81 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 81
• Memastikan guru tingkatan menanda kehadiran murid setiap hari.
• Mengganti atau mencari pengganti bagi guru tingkatan yang tidak hadir untuk mengisi JKM.
• Memastikan guru tingkatan mengisi JKM dengan lengkap dan betul.
• Memastikan guru tingkatan mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran mengikut prosedur.
• Mengenalpasti murid yang telah berhenti atau dibuang sekolah telah direkodkan di ruang
catatan.
• Menyemak register setiap bulan.
UNIT KESIHATAN
Tanggungjawab:
• Mengadakan mesyuarat AJK kesihatan sekolah.
• Mengemaskini rekod pergigian murid. Kumpul dan susun ikut tingkatan.
• Mengemas, menyedia dan menceriakan bilik rawatan.
• Menyediakan bilik rawatan bagi aktiviti rutin pejabat kesihatan daerah.
• Mengadakan sistem bagi memantau murid sakit berehat di billik rawatan.
o Menerima aduan kesihatan dari murid.
o Mengenalpasti keadaan kesihatan murid sama ada kes berat atau ringan.
o Menyedia dan mengeluarkan surat kebenaran menerima rawatan di hospital/klinik
kesihatan.
o Menghantar murid untuk menerima rawatan di hospital/klinik kesihatan.
• Memantau, membuat pemeriksaan dan mengenalpasti lokasi pembiakan jentik-jentik.
• Mengambil tindakan susulan jika terdapat pembiakan jentik-jentik.
UNIT KESELAMATAN DAN BENCANA ALAM
Tanggungjawab:
• Merancang langkah-langkah keselamatan murid (polisi).
• Memaklumkan kepada murid tentang polisi keselamatan pergi dan balik sekolah.
• Memaklumkan kepada penjaga murid tentang polisi keselamatan murid pergi dan balik
sekolah melalui edaran brosur dan mesyuarat PIBG.
• Memantau pelaksanaan polisi.
• Mendapat kerjasama dari pihak polis/ ibu bapa / penjaga / pengawal keselamatan untuk
membuat rondaan.
• Memastikan laluan harian murid terbuka dan selamat.
• Memastikan ada tempat berkumpul / berteduh murid yang selamat dan terkawal.
• Menyediakan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden.
• Mendapatkan laporan daripada Guru Disiplin dan Guru Bertugas dari masa ke semasa.
• Membuat laporan jika diperlukan.
• Menyimpan semua laporan dan rekod.
UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
Tanggungjawab:
• Mengadakan program pertandingan kebersihan kelas setiap minggu dengan membuat
pemantauan dan permarkahan ke atas semua kelas terbabit.
• Kelas yang terkeluar dari julat permarkahan yang sepatutnya hendaklah didenda dalam bentuk
memberi pengajaran.
• Menyediakan borang permarkahan untuk guru kelas.
• Merancang program khas bagi menceriakan kawasan sekolah.
• Memastikan semua sudut luar kelas bersih dan ceria serta selesa.
• Memastikan pondok bacaan dan halaman taman sekolah ceria dan cantik.
52
81

