Page 112 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 112

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      keislaman dan menjadi pemuja idea-idea Barat. Dalam apa jua situasinya, sistem
                                      pecah dan perintah dilaksanakan dengan begitu licik untuk memastikan agar umat
                       Islam terus menjadi lemah dan bergantung kepada penjajahan Barat. Kuasa-kuasa imperialisme
                       membawa idea modenisasi dan kemajuan demi mencapai cita-cita mereka.

                    5.  Kerajaan Boneka
                   ●  Amerika Syarikat dan komunis Rusia telah mengamalkan dasar campur tangan dan penegakan
                       kerajaan-kerajaan  boneka  sebagai  satu  cara  untuk  melaksanakan  misi  penjajahan.  Biasanya,
                       kedua-dua  kuasa  ini  akan  menggunakan  kekuatan  ekonomi,  ketenteraan,  politik  dan  pengaruh
                       kebudayaan  mereka  untuk  menegakkan  pemimpin  boneka  yang  sanggup  tunduk  kepada
                       kemahuan mereka.
                   ●  Sejajar  dengan  itu,  kepentingan  dan  perasaan  rakyat  jelata  telah  tidak  dipedulikan  langsung.
                       Contoh jelas tentang hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapatnya campur tangan dari Rusia
                       mahupun Amerika Syarikat dan hingga kini terus berlaku secara halus di Mesir, Turki, Arab Saudi
                       dan negara Islam yang lain. Inilah sebenarnya yang dipanggil neo-kolonialisme, iaitu penjajahan
                       bentuk baharu.Telah diketahui umum bahawa pihak Rusia sejak zaman pemerintahan Tsar lagi
                       telah menguasai politik dan hal ehwal umat Islam, khususnya di wilayah Asia Tengah. Dasar ini
                       kemudiannya  telah  disambung  oleh  pihak  komunis  Rusia  kononnya  atas  alasan  untuk
                       membebaskan dunia Islam khasnya daripada penjajahan dan kezaliman kapitalis Barat.

                   KESIMPULAN
                      Kuasa-kuasa  Barat  sentiasa  menggunakan  pelbagai  pendekatan  untuk  menguasai  dunia  Islam.
                   Persaingan dan ancaman imperialisme Barat terhadap negara Islam membawa kepada penyerapan idea-
                   idea modenisasi dan sekularisasi sehingga menggugat pemikiran umat Islam.











































                                                                                                             113
   107   108   109   110   111   112