Page 111 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 111
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berpindah secara besar-besaran dan menduduki kawasan kolonial tanpa
sebarang sekatan seperti mana yang berlaku di Algeria. Oleh sebab Perancis ingin
menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya, beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali,
Sepanyol dan Malta telah berpindah ke bumi Algeria untuk membuka kebun dan tanah pertanian.
Mereka juga menduduki hampir semua kota- kota Algeria. Pada waktu yang sama, rakyat pribumi
tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran dan
kebanyakan hak asasi mereka dinafikan seperti hak untuk mengundi.
2. Penguasaan Secara Tidak Langsung
● Penguasaan dilakukan oleh pihak penjajah secara lebih flexible iaitu mereka menjalankan sistem
naungan (Protectorate Treaty). Pihak British lebih menyukai pendekatan ini. Biasanya dari segi
amalan, rakyat British hanya dihantar ke tanah- tanah jajahan sebagai para pentadbir dan tentera.
Mereka tidak digalakkan untuk mengusahakan sebarang penerokaan tanah atau mendirikan
perkampungan kulit putih secara besar-besaran di wilayah tersebut. Di samping itu, struktur-struktur
politik tempatan yang sedia ada di kawasan berkenaan terus dikekalkan, namun semuanya
diletakkan di bawah penguasaan para pegawai British.
● Penguasaan secara tidak langsung telah dilaksanakan oleh pihak British di Mesir (1840) dan
Perancis semasa menguasai Tunisia (1881) dan Morocco. British turut menukar polisi perjanjian
persahabatan dengan kabilah Arab di sekitar Aden kepada dasar perlindungan apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah menduduki semula Sana‟a pada tahun 1872.
3. Perjanjian persahabatan
● Penjajahan juga berlaku melalui perjanjian yang disebutkan sebagai perjanjian persahabatan.
Pendekatan ini biasanya dipraktikkan oleh British dalam hubungan mereka dengan wilayah-wilayah
di kawasan Teluk Parsi dan Arab Selatan. Contohnya, British telah menduduki Aden, Yaman.
● Ketika tempoh ini, British mengamalkan dasar berkecuali atau pun tidak campur tangan dalam hal
ehwal negeri di sekitar Aden. Oleh itu, perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara British
dengan kabilah-kabilah Arab seperti al-„Adali, al-„Aqrabi, al- Awali dan lain-lain untuk tujuan
keselamatan dan kepentingan perdagangan British. Aden merupakan tempat pelabuhan kapal-
kapal British untuk ke India dan Asia. Pengawalan ke atas setiap daerah ini dilaksanakan melalui
seorang pegawai yang bergelar residen atau penasihat dan para pembantunya yang dipinjamkan
kepada para pemimpin tempatan atas dasar kononnya untuk menasihatkan mereka dalam hal
ehwal pentadbiran.
● Tetapi anehnya, segala nasihat para penasihat itu mestilah dipatuhi. Keadaan ini juga bermakna
bahawa ketetapan yang dibuat oleh para penasihat itu selalunya menentukan corak atau arah dasar
yang perlu diamalkan oleh pemimpin tempatan.
4. Sistem mandat
● Sistem mandat telah dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat melalui persetujuan sebuah pertubuhan
yang dikenali sebagai Liga Bangsa (League of Nation). Pendekatan ini pernah dipraktikkan di
kawasan-kawasan yang dipanggil Bulan Sabit Subur selepas Perang Dunia Pertama. Contohnya,
pihak Liga Bangsa telah memberi kuasa kepada British untuk mengendalikan mandat ke atas
Palestin, Transjordan dan Iraq manakala Perancis pula dibenarkan untuk menguasai Syria dan
Lubnan.Secara prinsipnya segala kawasan yang dikenakan mandat itu dikira sebagai tidak
berupaya untuk melaksanakan pentadbiran sendiri. Dengan itu, tugas bagi pihak yang memegang
mandat itu adalah untuk menolong setiap kawasan yang dikelolakannya supaya dapat ditegakkan
kerajaan berautonomi sebagai langkah yang akan membawa kepada penubuhan kerajaan sendiri.
● Melalui sistem ini, golongan pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai institusi pentadbiran
yang dikelolakan oleh pihak penjajah. Pada waktu yang sama, seperti dalam sistem penguasaan
yang lain, rakyat tempatan telah didedahkan dengan sistem pemikiran dan pendidikan Barat
hinggakan secara beransur-ansur sebahagian daripada mereka itu mulai terpisah daripada nilai
112

