Page 108 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 108
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
PENDAHULUAN
Empayar Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul (Utahman I)
pada tahun 1299 Masihi dan mencapai kegemilangan pada zaman Sulaiman al-Qanuni namun setelah
kematian baginda pada tahun 1566, empayar ini mula merosot.Hal ini telah menyebabkan pihak Barat
seperti Perancis, British dan Rusia berlumba- lumba meluaskan kuasa mereka ke atas empayar
itu.Namun disebabkan pelbagai factor akhirnya membawa kepada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia islam .
ISI-ISI PENTING
1. Kelemahan Pemerintah
● Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula menampakkan
kejatuhan dan kemunduran kerana sultan-sultan selepas baginda sangat lemah dari segi
kepimpinan dan keperibadian.
● Sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian menyebabkan kerosakan moral.
Contohnya Sultan Murad III telah dikuasai nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai
118 orang anak. Sultan Ibrahim pula membunuh 100 ribu orang dan menyaksikan sendiri
pembunuhan 25 ribu orang daripadanya.
● Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah dan tidak bermoral menyebabkan muncul ramai
penentang yang tidak berpuas hati dengan pemerintah dan berusaha mengubah kepemimpin yang
ada. Peluang ini digunakan oleh Barat untuk mempengaruhi golongan berpendidikan moden agar
bersekongkol dengan mereka bagi memudahkan usaha meluaskan kuasa ke atas empayar Turki
Uthmaniyah.
● Masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah menyebabkan kerajaan Turki
mempunyai pemimpin yang bersilih ganti. Keadaan ini telah memberi kesan ke atas pemerintahan
apabila sistem syura tidak lagi diamalkan untuk memilih pemimpin sebaliknya pemilihan dilakukan
berdasarkan kekuatan dan pengaruh.Wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan putera-
putera raja hingga mencetuskan perang. Keadaan yang tidak stabil ini memudahkan pihak Barat
meluaskan kuasa mereka ke atas empayar Turki Uthmaniyah.
● Kerajaan Uthmaniyah Dikuasai oleh Kelompok-kelompok tertentu dalam Istana.Penguasaan
kelompok-kelompok tertentu ini jelas dilihat selepas kemangkatan Sulaiman al-Qanuni.
Pemerintahan Sultan Ibrahim misalnya dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isteri
baginda.Mereka telah masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara
Mustafa. Penyingkiran wazir yang berwibawa dan bijaksana tersebut memudahkan pihak Barat
menguasai Turki.
2. Kekalahan dalam Perang Dunia Pertama
● Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam PD 1 (1914-1918) sebagai sekutu Jerman dan telah
mengalami kekalahan yang teruk.Kekalahan tersebut sebenarnya merupakan perancangan
anggota freemanson (pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah
● Kekalahan ini menyebabkan kehancuran pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniyah
3. Kelemahan sistem ketenteraan
● Kelemahan sistem ketenteraan begitu ketara apabila tentera-tentera Turki terutama pegawai
atasan mulai tidak berdisiplin. Hal ini didorong oleh persaingan antara putera-putera sultan untuk
menaiki takhta menyebabkan pihak tentera turut bersaing dan bebas memihak kepada mana-mana
putera.
● Terdapat putera sultan yang berjaya menaiki takhta bukan kerana kemampuan sebaliknya kerana
sokongan para tentera. Contohnya, pelantikan Bayezid I dan Salim II.
● Pembubaran pasukan elit tentera Janissari (inskhisariyah) oleh sultan Mahmud II pada awal abad
ke-19M memberi impak negatif kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.Tentera Janissari merupakan
tunjang kekuatan Turki Uthmaniyah dan kuasa yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak sultan.
109

