Page 107 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 107
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Gerakan ini berkembang dengan cepat hingga ke sekolah-sekolah tinggi
kerajaan yang lain di Istanbul seperti di Harbiye Maktabi (Akademik Tentera),
Bayteriye (sekolah pertanian), Mulkiye (Kolej awam) Bahriye (Akademik tentera laut) dan Topcu ve
Muhandishane (Akademik Artileri dan kejuruteraan)
● Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar
negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa melarikan diri
daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintah kerajaan Uthmaniyah.
● Pertubuhan rahsia ini berjaya menerima keanggotaan daripada beberapa orang pelajar seperti
Sarafuddin Magmumi, Giritli Shefik, Cevdet Othman ,Karim Sebati, Mekkeli Sabri dan Selanikli.
● Ketika Revolusi Turki dilancarkan pada tahun 1908 jumlah ahlinya seramai 505 orang iaitu 319 dari
golongan tentera sementara 186 adalah orang awam.
● Gerakan Turki Muda ini akhirnya ditukar menjadi sebuah parti selepas Revolusi Turki 1908 dan
akhirnya memenangi pilihanraya dan memimpin kerajaan Turki Uthamaniyah di bawah sistem
parlimen.
2. Matlamat Perjuangan
● Kemunculan Turki Muda adalah kerana tidak bersetuju dengan bentuk kemutlakan pemerintah
Sultan Abdul Hamid II yang melantik pegawai kerajaan yang korup buktinya seramai 12 orang
pegawai telah dipilih untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengeluaran arahan . Ali Rushdi
telah dipilih sebagai Presiden berdasarkan usia dan kedudukannya, manakala Serefedden
Magmumi sebagai Setiausaha dan Assaf Dervis sebagai Bendahari
● Perjuangan mereka ke arah Constitutionalism Ottomanisme dan kebebasan, untuk menggulingkan
Sultan Abdul-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan saudaranya, Murad V atau pun
Mehmed Resad serta mengesa supaya dilaksanakan semula perlembagaan yang digantung sejak
tahun 1876
3. Peranan Ahmad Riza
● Pada tahun 1889 , Ahmad Riza yang berada di luar negara telah mengetuai kempen menentang
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II .
● Apabila Selanikli Nazim tiba di Paris beliau telah menemui Ahmad Riza dan mencadangkan supaya
Ahmad Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi pergerakan mereka.
● Pada akhir tahun 1895M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim telah menerbitkan akhbar dwibulanan
iaitu Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitkan akhbar tersebut.
Akhbar Mesveret kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan berjaya
disebarkan, terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi pemangkin semangat
kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat.
● Pada tahun 1896 , Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa
kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan Syeikh
Naili yang terdiri daripada kalangan ulama dan kadi .
● Selain itu, tokoh utama gerakan Turki muda di luar negara, Mehmed Murad Afendi (1853-1912),
Ishak Sukuti dan Mehmed Murad turut peranan dalam gerakan Turki Muda ini. Mereka bercita-cita
untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah daripada gerakan Kristianisasi dan menuduh sultan
menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan, sama ada
dari dalam atau luar.
KESIMPULAN
Perjuangan kedua-dua gerakan ini telah berjaya mengubah landskap pentadbiran kerajaan
Uthamniyah dari sistem khalifah berkuasa mutlak ke sistem khalifah berperlembagaan
Soalan 58 : Analisiskan faktor yang mempengaruhi kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada
awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi
108

