Page 110 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 110

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      dengan tamadun Timur.Sekolah- sekolah moden dengan kurikulum, buku teks,
                                      guru-guru yang mendapat galakan missionari memberi kesan yang cukup hebat
                       terhadap minda umat islam dari segi kecenderungan kepada ilmu Eropah.
                   ●  Penghantaran pelajar ke Eropah oleh kerajaan Turki Uthmaniyah terutama dalam bidang pengajian
                       sastera dan sains sosal telah membentuk pemikiran, nlai dan tingkahlaku baharu terhadap agama
                       , nasionalisme dan reformasi politik ala Barat.Contoh Ziya Gokalp (1875-1924) bapa nasionalisme
                       Turki merupakan pemuja tamadun Barat.Nasionalis Mustafa Kamal Artatuk (1881-1934) berjaya
                       melaksanakan  misi  penghapusan  institusi  khilafah,  pengaruh  keagaman  dan  menggantikannya
                       dengan sistem sekularisme dan nasionalisme.

                    8.  Kelemahan ekonomi
                   ●  Penghujung era kerajaan Turki Uthmaniyah , mereka terpaksa menangung beban hutang yang
                       dipinjam dari bank-bank riba Eropah contohnya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876
                       -1909) kerajaan Turki Uthmaniyah berhutang sebanyak RM200 juta pound sterling
                   ●  Korupsi , pemborosan dan kekalahan di medan perang semakin menjejaskan dana kerajaan Turki
                       Uthmaniyah.Pendapatan  negara  semakin  berkurangan  sementara  perbelanjaan  semakin  besar
                       terutama bagi membiayai kos peperangan
                   ●  Kerajaan  Uthmaniyah  mengalami  hutang  yang  kronik.Contohnya  zaman  pemerintahan  Sultan
                       Mahmud (1808 – 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah telah membina projek jaringan
                       keretapi “Orient Railway” dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana
                       Topkapi.Akibatnya jerat  hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan
                       Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang ekonomi
                       memberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi dan menghancurkan Turki Uthmaniyah.

                   KESIMPULAN
                          Oleh itu jelaslah bahawa pihak Barat seperti Perancis, British dan Rusia berjaya meluaskan
                   kuasa mereka ke atas Empayar Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 kerana pada masa tersebut
                   pemerintahan  Turki  sangat  lemah.  Kelemahan  ini  dapat  dilihat  dalam  aspek  kepimpinan  dan
                   ketenteraan.


                   Soalan 59 : Huraikan bentuk-bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dari
                   abad ke-19 hingga awal abad ke-20 Masihi

                   PENDAHULUAN
                           Imperialisme merupakan satu dasar penubuhan dan pemeliharaan sebuah empayar melalui
                   jalan penaklukan, penempatan, penguasaan ekonomi atau politik. Imperialisme juga boleh  dikaitkan
                   dengan proses peluasan kuasa oleh sebuah negara ke atas negara lain melalui cara politik, militer atau
                   ekonomi.Pada  abad  ke-19M,  empayar  Turki  Uthmaniyah  mula  mengalami  kemerosotan  apabila
                   menghadapi  tekanan  dan  percaturan  kuasa-kuasa  Barat.Kuasa-kuasa  imperialisme  Barat
                   menggunakan pendekatan berbeza untuk menguasai wilayah Turki Uthmaniyah demi meningkatkan
                   imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia.

                   ISI-ISI PENTING
                   1.   Penguasaan Secara langsung
                   ●  Penguasaan secara langsung ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dilakukan oleh Perancis di Algeria
                       (1830), British di Mesir (1882) dan Rusia ke atas wilayah- wilayah Asia Tengah. Setelah menguasai
                       kawasan  yang  diidamkan,  penjajah  meletakkan  seluruh  kawasan  itu  di  bawah  pemerintahan
                       mereka sendiri. Contohnya semenjak tahun 1882 hingga 1918, British mempunyai pengaruh besar
                       di Mesir. Wakil British, Sir Lord Cromer sangat berkuasa dalam pentadbiran Mesir.
                   ●  Kawasan jajahan itu juga dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Eropah sendiri.  Mereka digalakkan

                                                                                                             111
   105   106   107   108   109   110   111   112