Page 109 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 109

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ●     Reformasi  ketenteraan  Nizam  -i-Cedid  ala  Barat  oleh  Sultan  Mahmud  II
                                      tidak  berjaya  menghasilkan  kekuatan  tentera,  malah  kekuatan  tentera  Turki
                       semakin lemah sedangkan kekuatan tentera Eropah semakin meningkat.
                   ●  Pemodenan  militer  yang  tidak  seimbang  dengan  peningkatan  disiplin  ,  ilmu  dan  teknologi
                       ketenteraan  menyebabkan  kerajaan  Turki  Uthmaniyah  tidak  mampu  berhadapan  dengan
                       persenjataan Barat yang lebih maju di medan perang.
                   ●  Kemunculan  pegawai-pegawai  muda  tentera  yang  memainkan  peranan  penting  dalam  komplot
                       rampasan kuasa menggulingkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal
                   ●  Diskriminasi kenaikan pangkat yang luas kepada anak-anak pegawai tentera menyebabkan asas
                       disiplin dalam ketenteraan terjejas.
                   ●  Tentera-tentera Turki tidak mampu lagi mempertahankan wilayah-wilayahnya daripada perluasan
                       kuasa Barat. Negara-negara naungan telah membebaskan diri dan mula ditakluk pihak Eropah.
                   ●  Buktinya,  Montenegro,  Bosnia,  Balkan,  Herzegovina,  Serbia  dan  lain-lain  memberontak  dan
                       berjaya membebaskan diri dan kemudiannya dikuasai Barat.

                    4.  Peranan Turki Muda
                   ●  Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah awal abad ke-20 membawa kepada kemunculan gerakan
                       Uthmani Muda, Turki Muda dan gerakan sekular.Era kebangkitan golongan Uthmani Muda, sistem
                       khalifah masih mampu bertahan.
                   ●  Namun,  era  regim  turki  muda,  mereka  berjaya  mendominasi  pentadbiran  kerajaan  dan
                       ketenteraan.Mereka  berusaha  memodenkan  bidang  pentadbiran  kerajaan  dan  membubarkan
                       institusi kesultanan Turki Uthmaniyah
                   ●  Sekular  menjadi  prinsip  utama  dalam  proses  pemodenan  Turki  dan  seterusnya  melemahkan
                       pengarauh islam .
                    5.  Gerakan Anti Uthmaniyah
                   ●  Campurtangan zionis antarabangsa dan ffeemason (pertubuhan yahudi ) yang bermula sejak abad
                       ke  16M  membawa  kepada  kejatuhan  kerajaan  Turki  Uthmaniyah  terutama  di  bawah  gerakan
                       Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan (The Committee of Union and Progress –CUP) pimpinan
                       anggota terkemuka seperti Anwar  Pasha, Tal‟at Pasha, Jamal  Pasha,Helida  Edib dan  Mustafa
                       Kamal Pasha.Ahli-ahli kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan Turki Uthamaniyah selepas
                       penyingkiran Sultan Adul Hamid II. Sejajar dengan tuntan zionesme  kumpulan Turki Muda (Young
                       Turks)  berjuang  atas  landasan  nasionalisme  Turanian  (Pan  Turanianisme)  di  mana  mereka
                       berpendapat bangsa Turki lebih unggul daripada bangsa-bangsa lain
                   ●  Perdebatan  politik  dan  sosial  seringkali  terjadi  antara  golongan-golongan  elit  politik  yang
                       menginginkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

                    6.  Gerakan Nasionalisme Arab
                   ●  Bermula abad ke-18M hingga awal abad ke-20M berlaku pergolakan di kalangan bangsa Arab di
                       al-Jazirah  yang  tidak  mahu  mengiktiraf  kerajaan  Turki  Uthmaniyah  .  Bangsa  Turki  bertindak
                       demikian kerana mereka mula menyedari kelemahan dan kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyah
                   ●  British berjaya mempengaruhi pemimpin Arab seperti keluarga Saud di Najd dan Shariff Hussain di
                       Hijaz agar t menentang penguasaan Turki Uthmaniyah di Arabia.
                   ●  British memainkan sentimen nasionalisme dengan mengaitkan kemuliaan dan kelayakan bangsa
                       arab  berbanding  Turki  sebagai  pemimpinan  umat  islam  .Elemen  ketidaksetiaan  bangsa  Arab,
                       bahkan menjadi tali barut Barat menyumbang kepada kemerosotan penguasaan Turki Uthmaniyah
                       terhadap dunia islam

                    7.  Perkembangan Pendidikan Barat
                   ●  Sekolah-sekolah  dan  institusi  missionari  di  bawah  kawalan  Barat  ditubuhkan  di  wilayah  Turki
                       Uthmaniyah.Ia menjadikan anak-anak umat islam semakin jauh daripada ajaran islam malah lebih
                       dekat kepada budaya kristian.Mereka akhirnya takjub kepada tamadun Barat dan kurang selesa
                                                                                                             110
   104   105   106   107   108   109   110   111   112