Page 6 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 6

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021



               TEMA 1 : MASYARAKAT , PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN HUBUNGAN LUAR

               Soalan 1 : Sejauh manakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat Arab      Jahiliah.

               PENDAHULUAN

                      Zaman  sebelum  kedatangan  Islam  dikenali  sebagai  zaman  jahiliah  iaitu  masyarakat  berada  dalam
               kesesatan kerana tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan. Masyarakat Arab jahiliah
               pada  masa  ini  telah  mempunyai  kepercayaan  yang  tersendiri.  Kepercayaan  masyarakat  jahiliah  terbahagi
               kepada  dua  iaitu  kepercayaan  agama  dan  kepercayaan  adat.  Kepercayaan  agama  yang  dianuti  oleh
               masyarakat  jahiliah  terbahagi  kepada  dua  iaitu  agama  samawi  (agama  langit)  yang  diturunkan  oleh  Allah
               melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab. Agama yang kedua ialah agama ardhi (agama ciptaan) yang direka
               oleh manusia. Agama Wathani (penyembah berhala) merupakan kepercayaan agama yang dianuti oleh majoriti
               masyarakat di Semenanjung Tanah Arab selepas  runtuhnya kerajaan Saba’. Namun, terdapat pelbagai agama
               dan kepercayaan selain agama wathani.

               ISI-ISI PENTING

               1.  Agama Wathani

                     Agama Wathani atau agama berhala merupakan agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat Arab
               yang  tinggal  di  Semenanjung  Tanah  Arab  selepas  runtuhnya  kerajaan  Saba‟.  Berhala  tersebut  diperbuat
               daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala
               masing-masing.  Antara  berhala  yang  terkenal  termasuklah  al-Latta,  al-Uzza,  al-Manat  dan  al-Hubal.
               Sebahagian  penduduk  Tanah  Arab  tidak  menganggap  berhala  sebagai  Tuhan  tetapi  hanya  sebagai
               perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya kepada berhala.
               Mereka ini dikenali sebagai golongan musyrikin, iaitu orang yang menyekutu Allah. Sesetengah orang Arab
               percaya berhala dapat memberikan manfaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat
               360  buah  berhala  dibina  di  sekeliling  K  aabah.  Antara  yang  popular  ialah  Al-Uzza,  Al-Manat,  dan  Al-
               Hubal.Walaupun  agama  Wathani  merupakan  agama  utama  yang  dianuti  masyarakat  Arab,  namun,  masih
               terdapat agama lain yang turut dianuti seperti agama Yahudi

                2.  Agama Yahudi
               Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab
               Taurat.  Orang  Yahudi  telah  mengubah  kandungan  asal  Kitab  Taurat  demi  memenuhi  kepentingan  mereka
               sehingga  agama  ini  dianggap  syirik  kerana  menduakan  Allah.  Orang-orang  Yahudi  berasal  dari  Palestin.
               Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad Pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya
               dan    berjaya  menarik  perhatian  orang-orang  Arab  untuk  menganut  agama  Yahudi.  Orang-orang  Yahudi
               menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar sebagai anak tuhan. Di
               antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas. Agama ini tersebar luas terutamanya di
               kawasan-kawasan oasis di Barat Laut         Semenanjung Tanah Arab iaitu Tai‟ma Khaiba, Padak dan Yathrib.
               Walaupun  agama  Yahudi  telah  terpesong  daripada  ajaran  asalnya,  namun  masih  ada  dalam  kalangan
               masyarakat jahiliah yang menganutinya sebagai pegangan mereka.

                3.  Agama Nasrani
                     Agama Nasrani atau Kristian adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi
               Isa a.s berpandukan kitan Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan
               pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan          oleh tentera Rom atau Habsah ke atas tanah jajahan
               mereka. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun segelintir pendeta agama ini telah

                                                                                                                7
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11