Page 7 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 7
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
mengubah kandungan asal untuk kepentingan peribadi mereka. Penganut agama
asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab. Agama ini dapat sambutan
dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Uthman Bin
Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan
Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam.
Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi
bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura,
iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz. Jelaslah, agama Nasrani juga antara agama yang dianuti oleh
masyarakat jahiliah selain agama Wathani
4. Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi. Agama ini diamalkan oleh sebahagian orang
Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6
Masihi. Penganut agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi-nabi yang diutus oleh Allah
serta mendakwa ia adalah palsu. Penganut agama ini menyembah matahari dan api. Mereka percaya bahawa
terdapat Tuhan iaitu Kebaikan (Cahaya) dan Tuhan Kejahatan (Gelap Gelita) . Justeru itu, untuk menjamin
Tuhan Kebaikan mendampingi mereka, api dinyalakan di rumah mereka. Pendeta-pendeta Majusi menyembah
matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan
perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik. Di antara penganut agama ini yang terkenal d Mekah ialah
Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang mempunyai hubungan dengan Parsi.
Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Tegasnya,
walaupun agama Majusi tidak mempunyai kitab suci dan juga nabi sebagai panduan, masyarakat jahiliah masih
menganutinya dan mengamalkannya
5. Agama Hanif
Segelintir orang Arab menganut agama Hanif. Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganutnya digelar Hunafa‟ (Muslim). Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf.
Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Golongan ini tidak mengamalkan mana-mana agama
dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah. Mereka meninggalkan amalan tradisi jahiliyah
seperti seperti minum arak, berjudi, makan bangkai, makan darah dan sebagainya. Antara tokoh yang
menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Tegasnya di sini bahawa
golongan ini menentang agama yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat jahiliyah sebelum kerasulan Nabi
Muhammad s.aw
KESIMPULAN
Kesimpulannya, agama Wathani merupakan agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat
Arab jahiliah. Namun begitu, masih terdapat agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat walaupun
jumlahnya penganutnya tidak begitu ramai. Selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat jahiliah telah
mengalami perubahan yang besar dalam segala aspek termasuklah dari segi agama dan kepercayaan.
8

