Page 9 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 9

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      tanggungjawab setiap  supaya dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

               4.  Politik
                 ●  Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik pada zaman masyarakat Arab
                    Jahiliah. Hal ini berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh
                    kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara. Sementara wilayah di sebelah selatan
                    dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.
                 ●  Masyarakat Arab turut mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh  syeikh kabilah.
                    Setiap  suku  kaum  taksub  kepada  suku  masing-masing  yang  dipanggil  assabiyah.  Keadaan  ini
                    mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada masalah kecil. Keadaan inilah yang
                    menyebabkan suasana politik yang tidak stabil.
                 ●  Selepas kedatangan Islam, Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Ada  sistem
                    pemerintahan yang teratur. Pemerintahan adalah berlandaskan Al- Quran dan Hadith. Kerajaan Islam
                    Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah. Segala keputusan negara  dilakukan melalui konsep syura.

               5.  Ilmu Pengetahuan
               ●  Masyarakat  Arab  jahiliyah  mewarisi  pengetahuan  tentang  ilmu  bintang,  ilmu  tilik  dan  ilmu  keturunan.
                   Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf. Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf. Jadi perkembangan
                   ilmu pengetahuan hanya bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi. Jika sesuatu ilmu itu tidak
                   diminati maka ilmu tersebut akan pupus begitu sahaja.
               ●  Selepas  kedatangan  Islam,  Islam  menekankan  kepada  menuntut  ilmu.  Hal  ini  jelas  terbukti  dari  surah
                   pertama al-Alaq yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang  .    menekankan aspek membaca.
                   Bahkan salah satu cara untuk tawanan Perang  Badar menebus diri mereka ialah dengan mengajar 10
                   orang kanak-kanak Islam membaca, dan menulis. Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu
                   tafsir. Selepas itu, turun ayat-ayat lain dalam al Quran yang menyentuh seluruh aspek kehidupan termasuk
                   bidang  sains  dan  teknologi.  Di  Madinah,  masjid  dijadikan  sebagai  tempat  mengembangkan  ilmu
                   pengetahuan.


               6.  Struktur Kelas Masyarakat
               ●  Masyarakatt  Arab  jahiliah  mementingkan  kelas  dalam  masyarakat.  Golongan  bangsawan  merupakan
                   golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab jahiliyah amalan perhambaan berlaku
                   secara  meluas.  Golongan  hamba  tidak  mempunyai  hak  ke  atas  diri  sendiri.          Mereka  dikehendaki
                   berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para
                   hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. Hamba dianggap golongan paling
                   hina.
               ●  Masyarakat Islam  menganjurkan kosep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi
                   Allah. Kemuliaan manusia berasaskan kepada ketakwaan mereka kepada Allah. Manusia tidak dibezakan
                   mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

               7.  Maruah wanita
               ●  Kedudukan  wanita  sangat  rendah  dalam    masyarakat  Arab  jahiliah.  Fungsi  wanita  hanyalah  sebagai
                   pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
                   Mereka dianggap sebagai barang dagangan. Ada dalam kalangan wanita yang kematian suami menjadi
                   rebutan  anak-anak  lelakinya  sendiri.  Oleh  itu,  Bani  Tamim  menganggap  amalan  membunuh  bayi
                   perempuan sebagai   amalan yang  mulia supaya  bayi tersebut  tidak menjadi sampah masyarakat dan
                   memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa. Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk
                   berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.
               ●  Selepas  kedatangan  Islam,  Islam  memuliakan  kedudukan  wanita.  Maruah  dan  kebajikan  wanita  perlu
                   dipelihara. Kaum wanita memainkan peranan yang sama penting dengan kaum lelaki.


                                                                                                               10
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14