Page 8 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 8

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021

                                      Soalan  2  :Jelaskan  perubahan  sosiopolitik  yang  berlaku  kepada  masyarakat
               Arab selepas kedatangan Islam

               PENDAHULUAN

                  Masyarakat  Arab  merujuk  kepada  masyarakat  yang  hidup  di  Semenanjung  Tanah  Arab.  Sebelum
               kedatangan Islam mereka dikenali sebagai masyarakat jahiliyah yang hidup dalam zaman kegelapan tanpa
               berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkaan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlangsung selama 300
               tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.aw. Zaman jahiliah berakhir apabila turunnya al Quran dan Allah
               swt mengutuskan Nabi Muhammad sa sebagai rasul pada tahun 610 Masihi. Kedatangan agama Islam telah
               membawa perubahan soiopolitik yang besar ke atas masyarakat Arab terutamanya  masyarakat Mekah dan
               Madinah


               ISI-ISI PENTING
               1.  Perubahan agama dan kepercayaan
                 ●  Masyarakat  Arab  pada  zaman  jahiliyah  majoritinya  menganut  agama  menyembah  berhala.  Mereka
                    menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.         Pada masa ini Mekah
                    berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Terdapat 360 buah berhala dibina si seleliling Kaabah.
                    Agama lain yang dianuti ialah agama Yahudi, Nasrani , Majusi dan kepercayaan animisme. Masyarakat
                    pada masa itu juga terikat dengan kepercayaan karut seperti percaya kepada ramalan nujum, tilik nasib,
                    dan pemakaian azimat.
                 ●  Selepas kedatangan Islam, masyarakat Islam pada zaman itu mempunyai keimanan yang teguh. Mereka
                    percaya kepada Allah Yang Maha Esa, beriman dengan 6 perkara Rukun Iman dan beramal dengan 5
                    perkara Rukun Islam. Bahkan orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik
                    guru-guru  agama  untuk  memperkukuh  akidah  dan  amalan  mereka.  Di  samping  itu,  nabi  juga  telah
                    menjalankan  dasar  kebebasan  beragama  terutamanya  ke  atas  masyarakat  Yahudi  di  Madinah  dan
                    mereka diberi kebebasan beribadat .

               2.  Perubahan hubungan masyarakat/sosial
                 ●  Masyarakat Arab pada zaman jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing- masing. Setiap
                    individu dalam kabilah mempunyai ketaatan (semangat assabiyah) kepada kabilah dan sangat prejudis
                    kepada  kabilah  yang  lain.  Semangat  ini  juga  menyebabkan    mereka  memihak  kepada  kabilah  tanpa
                    mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah
                    permusuhan antara kabilah berleluasa.
                 ●  Selepas kedatangan Islam, Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat di bawah
                    konsep ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan (assabiyah) kepada kaum tidak lagi
                    wujud dan digantikan oleh ikatan persaudaraan Islam. Contoh Nabi telah mempersaudarakan orang Ansar
                    dan  Muhajirin.  Konsep  persaudaraan  ini  telah  melahirkan  semangat  perpaduan  dalam  kalangan
                    masyarakat Islam Madinah.

               3.  Akhlak
                 ●  Masyarakat Arab zaman jahiliah mengamalkan nilai moral dan akhlak yang buruk,   yang tidak mempunyai
                    batas kesopanan dan kemanusiaan. Berzina, minum arak, bunuh anak  perempuan merupakan perkara
                    biasa kepada masyarakat Jahiliah.
                 ●  Selepas  kedatangan  Islam,  Islam  melarang  umatnya  melakukan  perkara-perkara  terkutuk.  Islam
                    menganjurkan akhlak mulia dan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak
                    ansur dan lain-lain. Contohnya bermula dengan Perjanjian Aqabah 1, masyarakat Madinah berjanji tidak
                    akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala akhlak yang buruk dalam kalangan
                    masyarakat  Islam  Madinah.  Dalam  Piagam  Madinah,  Nabi  Muhammad  saw  menggariskan  hak  dan

                                                                                                                9
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13